Subscribe:

Ads 468x60px

Social Icons

Showing posts with label Tips dan Petua. Show all posts
Showing posts with label Tips dan Petua. Show all posts

Thursday, 6 December 2012

Cara hilangkan rasa pedas cili

Adakah korang suka makanan pedas.Tak dinafikan orang kita memang suka makanan pedas.Ada caranya untuk mengurangkan rasa pedas itu.

Gambar hiasan
                                                     



Rasa pedas bukanlah dikesan oleh tunas rasa, sebaliknya dikesan oleh deria kesakitan di lidah, yang dirangsang oleh bahan kimia dalam makanan pedas seperti cili. Sebab itulah, rasa 'pedas' boleh dirasa oleh tangan, esofagus dan perut.

Rasa pedas dalam cili (ataupun bahan-bahas pedas lain) adalah disebabkan oleh sejenis bahan kimia yang dipanggil Capsaicin, iaitu sejenis bahan kimia yang meransang deria sakit, atau lebih tepat mewujudkan rasa terbakar (burning sensation).

Rasa pedas ini hanya dapat dirasai oleh membran yang bermukus. Sebab itulah, jika tangan kering, tidak terasa 'kepedasannya'.

Untuk hilangkannya? Disebabkan ia mewujudkan rasa 'terbakar', cara senang untuk hilangkannya ialah dengan menggunakan bahan yang sejuk (air sejuk contohnya), tetapi bahan kimia capsaicin ini tidak larut dalam air, maka ia hanya memberikan kelegaan yang sekejap sahaja.

Cara paling berkesan ialah mengambil bahan-bahan tenusu (seperti susu dan yogurt) kerana ia mempunyai kasein, yang boleh melarutkan bahan kimia itu.

Jus Tomato
Sebelum memakan makanan yang pedas, pastikan di sebelah anda terdapat jus tomato yang mampu mengawal rasa pedas di dalam perut.

Bukan Air kosong
Ramai yang beranggapan untuk menghilangkan rasa Capsaicin adalah dengan meminum air kosong sedangkan cara yang paling mujarab adalah dengan meminum air susu ataupun yogurt sejuk.

Ais krim
Makanan yang paling masuk akal jika mahu menghilangkan rasa pedas adalah aiskrim keranan sifatnya yang dingin. Oleh yang demikian, rasa pedas boleh berkurangan dengan memakan makanan yang sejuk dan ais krim juga mengandungi minyak yang terlarut di dalam bahan kimia pedas berbanding air kosong.

Air berkarbonat
Perkara yang paling kerap dilakukan oleh masyarakat di Malaysia apabila memakan makanan pedas ialah dengan meminum air bergas. Ianya diperakui tidak dapat menghilangkan rasa pedas malahan menambahkan lagi rasa tidak selesa di dalam perut.

Cara elak dijangkiti selsema

Kali ini aku nak berkongsi petua mudah supaya kita tidak dijangkiti selsema.

Selsema merupakan jangkitan salur pernafasan atas, yang memberi kesan terhadap salur-salur hidung dan kerongkong yang disebabkan oleh virus. Kajian mendapati terdapat lebih dari 200 virus selsema. Jenis-jenis virus mungkin berbeza pada setiap musim.

Kulit kayu manis
                                                   

Selsema boleh tersebar dengan mudah apabila seseorang itu bercakap, batuk atau bersin atau dengan sentuhan langsung.

Apa yang pasti, gejala selsema sering membuat anda berasa tidak selesa.

Bagi kanak-kanak, gejala ini kebiasaannya dirawat dengan menyapu kunyit yang telah dicampurkan dengan kapur sirih pada hidung bayi. Malah lendir dari batang sireh yang telah dihancurkan ataupun lendir dari daun sireh yang diramas juga dikatakan berkesan disapu sepanjang hidung bayi.

Berbeza dengan orang dewasa, terdapat pelbagai cara yang boleh diamalkan bagi mengatasi gejala selsema.

Mulakan langkah pertama iaitu mengatasi gejala selsema dengan membasahkan ubun-ubun tidak kira sama ada pada waktu hujan mahupun panas.

Manakala sekiranya mahu mandi, pastikan anda tidak mandi lewat terutamanya pada waktu malam. Rasa sejuk dingin malam hanya akan membuatkan gejala selsema yang anda alami menjadi lebih teruk. Selewat-lewatnya mandi pada waktu petang dengan menggunakan air suam.

Langkah terbaik untuk mengatasi penyakit selsema adalah dengan mengamalkan petua mencampurkan sedikit kapur sirih, dua titik minyak kayu putih di atas sehiris limau dan diperahkan airnya lalu diminum. Sekiranya anda konsisten mengamalkan petua ini sekali dalam sehari, masalah selsema tiada lagi.

Meminum susu panas dicampurkan dengan sedikit serbuk kulit kayu manis turut membantu anda mengatasi selsema. Ini kerana khasiat yang terdapat di dalam susu panas dan kulit kayu manis mampu menghangatkan badan anda dengan segera.

Sekiranya ia masih belum berkesan, kunyah sedikit kulit kayu manis juga boleh membantu mengurangkan dan mengeringkan lelehan hingus, melancarkan peraliran darah dan sekaligus dapat membantu proses penyembuhan. Namun pastikan ia di basuh terlebih dahulu sebelum dikunyah.

Selamat mencuba!

Wednesday, 14 November 2012

Tips Atasi Perut Buncit


Tips atasi perut buncit

Antara punca utama yang menyebabkan masalah perut buncit adalah disebabkan sistem penghadaman yang tidak lancar. Berikut adalah 5  tips yang dapat membantu melancarkan lagi sistem penghadaman anda dan secara tidak langsung dapat membantu untuk mengatasi masalah perut buncit yang anda hadapi.


Gambar Hiasan
                                                             
1. Jus limau

Sebaiknya, pada awal pagi sebelum anda bersarapan, anda perlu meminum segelas jus limau. Ini kerana ia dapat membantu membersihkan sisa-sisa makanan dan juga asid yang tertinggal didalam perut anda. Antara minuman lain yang boleh anda gunakan adalah seperti lemon dan epal hijau.

2. Elakkan minuman sejuk ketika makan
Makanan akan lebih cekap dicernakan sekitar suhu badan. Minuman sejuk akan merendahkan lagi suhu badan dan akan melambatkan proses pencernaan makanan. Ini secara tidak langsung akan memberi masalah perut buncit kepada anda. Sekiranya anda seorang yang perlu minum ketika makan, ambil minuman yang panas atau suam. Dan jika anda mampu bertahan untuk minum setengah jam selepas anda makan adalah lebih baik.

3. Berpuasa

Berpuasa adalah satu cara paling berkesan untuk merehat dan melancarkan sistem penghadaman anda. Untuk yang beragama islam, ia tidak akan memberi masalah, tetapi kepada yang bukan, anda boleh berpuasa dengan hanya mengambil jus buah-buahan pada waktu siang dan hanya makan pada waktu lewat petang mengikut jadual yang telah anda tetapkan.

4. Kunyah makanan sehingga betul-betul hancur
Salah satu mekanisme terpenting untuk sistem penghadaman manusia tetapi sering diabaikan adalah mengunyah makanan sehingga hancur. Mengunyah adalah peringkat pertama untuk proses pencernaan dan juga sebagai isyarat kepada organ-organ untuk merembeskan jus pencernaan (enzim pankreas, asid perut, dan lain-lain) untuk menerima makanan yang akan masuk.

5. Kombinasi makanan
Salah satu faktor lain yang menyebabkan masalah perut buncit adalah memilih kombinasi makanan yang tidak baik untuk sistem pencernaan manusia. Makanan terbahagi kepada 3 komponen utama iaitu , karbohidrat (roti, kentang, beras), protein (daging, tenusu, kacang, soya) dan lemak (minyak masak). Ketiga-tiga makanan ini tidak baik dimakan dalam satu hidangan. Selain daripada itu, pendapat pakar juga menyatakan bahawa makanan laut dan darat tidak baik untuk kesihatan jika turut dihidangkan dalam satu hidangan.

Monday, 5 November 2012

4 Cara Mudah Elak Blog Kena Hack



Isu blog kena hack bukanlah satu isu biasa dan banyak blog yang sudah digodam atas tujuan tertentu. Malaysia antara negara yang ramai pemilik blog yang banyak di hack. Jadi, aku nak kongsi  tips dan cara simple nak elak blog dari kena hack.


1. TUKAR KEPADA STRONG PASSWORD
- pastikan password email anda panjang.
- masukkan sekali huruf besar dan huruf kecil.
- masukkan nombor dan simbol.
- jangan masukkan nama atau maklumat orang mudah nak teka.


  • Contoh password yang lemah : nick1234
  • Contoh password yang kuat : nickbencioranghackedblog2018*9

2. SELALU TUKAR PASSWORD
Walaupun anda dah ubah password tu kepada password yang kuat, tapi ada jugak hacker yang boleh hack blog korang kalau diberikan masa yang cukup. So, selalu la tukar password korang, sekurang-kurangnya 3 bulan sekali.


3. PILIH TWO-STEP VERIFICATION
Two-step verification ni tambahan keselamatan kepada akaun email anda So, bila anda sign up untuk masukkan email dan password, anda akan dibawa ke satu lagi laman di mana anda kena masukkan kod yang dihantar ke handphone anda. Kalau ada orang nak hack blog anda, hacker tu perlu ada password dengan handphone anda anda.



4. BUAT BACKUP BLOGSPOT
Kalau boleh buat backup ni setiap minggu, bergantung pada kekerapan korang update blog. Ada 5 cara korang boleh backup blog. Korang boleh guna Feed, Export Blog, Window Live Writer dan Httrack. Tapi yang ni aku nak share pasal backup blog dengan export function je. Sebelum blog anda kena hack, (mintak la dijauhkan) elok la download dan save blog anda dalam bentuk *.xml ke laptop anda sebagai backup. Sebab bila dah dihack, password blog anda akan ditukar dan anda dah tak boleh nak login. Caranya : 

  




Sunday, 4 November 2012

Tips Untuk Menambah Berat badan



Kali ini saya nak berkongsi tip untuk menambah beerat badan.  Kebanyakan orang melayu sangat bergantung kepada prescription ataupun ubat untuk mengemukkan badan. Tapi sebenarnya cara manual adalah lebih berkesan dan tidak memudaratkan anda. 
Gambar Hiasan


Untuk menambahkan berat badan sebenarnya bergantung kepada 3 perkara penting iaitu nutrition, training dan juga supplement. Tips kali ini adalah untuk menambahkan berat badan yang sihat dan bukannya menjadi gemuk. hehe!

Berikut adalah tips menambah berat badan yang sihat :
1. Banyakkan makan dan minum yang mengandungi karbohidrat dan protein tinggi.Seperti minum satu gelas susu setiap pagi, makan telur separuh masak dan hindari makanan yang banyak mengandungi lemak.

2. Minum suplement yang dapat menambah nafsu makan anda. Contoh, protein supplement dan creatine.
3. Menambah pola makan. Misalnya kalau sebelum ini anda cuma makan tiga kali sehari, cuba tambahkan menjadi lima kali sampai tujuh kali sehari. Tetapi jangan lupa memperhatikan kandungan gizi makanan anda.
4. Dengan menambahkan vitamin yang lengkap untuk tubuh anda.









5.Jangan malas untuk melakukan senaman badan kerana anda tak perlu sayang untuk membakar lemak yang ada di tubuh anda. Basic senaman bagi mereka yang mengidamkan badan mantap dan less fat adalah dengan weight training. Kenapa weight training? Anda mampu menaikkan berat badan yang anda ingini tetapi anda lupa 1 perkara ”badan menggeleber”. ahaha. Cara untuk mendapatkan badan yang padat dan kemas adalah dengan kerap melakukan weight gain. Janganlah apabila baru sebulan – dua melakukan weight gain tetapi belum mendapat hasilnya, anda sudah mengalah yer.


Tuesday, 25 September 2012

Cara Lajukan Internet Broadband

Cara lajukan Internet Broadband


Mahukah anda satu aplikasi yang boleh melajukan internet Broadband anda secara percuma?Saya telah mencuba aplikasi ini dan ternyata kelajuan

Sunday, 23 September 2012

Petua elak rambut gugur

Petua dan cara elak rambut dari gugur


Seperti yang kita sedia maklum, mencegah itu lebih baik daripada mengubati, kan? Oleh itu, bagi anda yang sayangkan rambut tu, saya ada satu petua mencegah atau elak rambut gugur.


gambar bahagian kulit tembikai
Gambar diedit dari home-and-garden.webshots.com



Petua kecantikan ini boleh dilakukan terus kalau anda ada tembikai kat rumah tu. Langkah-langkah yang perlu anda lakukan ialah:


1. Selepas anda makan buah tembikai, jangan dibuang dulu kulitnya.

2. Sebaliknya, gunakanlah bahagian kulit tembikai tu(rujuk gambar di atas) dengan menggosokkannya pada kulit kepala anda.

3. Kemudian biarkan ia meresap ke kulit kepala anda. Tunggu dalam 15 ke 30 minit dan cucilah sampai bersih.

Kalau anda nak biarkannya semalaman pun boleh. Buat sebelum masuk tidur dan keesokannya baru cuci. Gunakan shower cap atau balut dengan kain supaya tak meleleh kat bantal nanti. Karang tak pasal-pasal lak semut yang datang.

4. Amalkan petua ni hanya sekali dalam seminggu.


Selamat Mencuba!

Tips Melambatkan Tumbuhnya Uban

Cara Lambatkan rambut beruban


Ada antara kita tidak menyukai rambut putih yang memenuhi kepala.Rambut putih itu menandakan usia kita telah meningkat.Tapi ada antara kita yang masih muda tetapi rambut sudah dipenuhi uban.Mereka merasa malu bila diperhatikan.Berikut adalah tips-tips untuk melambatkan proses rambut menjadi putih .Tips Melambatkan Tumbuhnya Uban | Bukan kita mahu mengubah ciptaan Allah, bukan juga kita mahu menolak ciptaan Allah. Tetapi ini adalah tips melambatkan tumbuhnya uban semata-mata. Jangan fikir uban hanya akan tumbuh pada lewat usia. Dek kerana faktor persekitaran, tekanan,pemakanan dan gaya hidup,ramai orang muda sekarang dah beruban rambutnya.
Ok,berikut ini diselitkan beberapa cara untuk melambatkan tumbuhnya uban. Rajin-rajinlah amalkan. Mungkin akan mengambil sedikit masa, namun insyallah hasilnya pasti memuaskan.
1. Usapkan campuran minyak kelapa dan air asam pada kulit kepala.Biarkan selama 15 minit sebelum dibilas.
2. Ambil secawan teh pekat dan tambahkan satu sudu makan garam. Setelah suam / sejuk,sapu rata-rata ke atas rambut dan urut kulit kepala. Biarkan selama sejam, lalu bilas dengan air sejuk tanpa syampu.
3. Vitamin A membantu menjaga kesihatan kulit kepala dan membuat rambut lebih bersinar. Vitamin A terdapat banyak dalam sayuran hijau dan buah-buahan berwarna merah dan kuning. Jadi biasakan diri mengambil makanan yang mengandungi sumber tersebut.
4. Selain daripada vitamin A, vitamin B juga berperanan dalam melancarkan pengeluaran minyak untuk menjaga kelembapan dan kesihatan rambut. Vitamin B banyak terdapat dalam sayuran hijau bijirin, hati, yogurt, pisang dan lain-lain.
5. Mineral yang sesuai untuk rambut adalah zink,zat besi dan tembaga. Bahan ini banyak terdapat pada daging, ayam, sayuran,biji-bijian dan makanan laut.
6. Protien penting untuk menjaga tekstur dan membuatkan rambut tampak sentiasa bersinar.Sumber ini terdapat dengan banyaknya dalam biji-bijian.Jadi,tunggu apa lagi ? Lebihkan biji-bijian dalam menu harian anda.
Ada uban tidak semestinya sudah dianggap tua, mungkin atas faktor yang lain seperti yang disebutkan di atas. Ada juga yang mengganggap dek kerana gemar terlalu berfikir. Mungkin juga sebab apabila terlalu banyak berfikir dab tidak mengawal emosi, maka berlakunya tekanan dalam diri.

Saturday, 15 September 2012

Cara mudah berhenti merokok

Tips Mudah Berhenti Merokok

Umum mengetahui Rokok adalah salah satu punca berbagai penyakit merbahaya kepada kesihatan manusia.Penyakit yang berpunca dari rokok adalah seperti sakit jantung,kanser paru-paru,kanser tekak dan sebagainya.Menghisap rokok lebih banyak mendatangkan keburukan berbanding kebaikan.

Keburukan menghisap rokok

1) Merokok boleh dapat perbagai penyakit merbahaya.

2)Tiada stamina dan mulut berbau

3)Gigi rosak dan kehitaman

4)Asap rokok boleh sebabkan orang sekeliling mendapat penyakit yang sama seperti perokok

5)Membazir wang



berhenti merokok
Bahan Kimia Dalam Rokok
                              
                                                             

Dari pengalaman saya yang telah merokok sejak umur 17 tahun lagi,saya dapati memang sukar untuk menghentikan tabiat ini.Tambah lagi kalau kita bergaul dengan rakan-rakan yang merokok,lagi sukarlah untuk berhenti.Saya telah cuba mengunakan ubat makan,tapi setakat boleh berhenti satu bulan sahaja.Bila ubat dah habis,mulalah ketagihan kembali terutama selepas makan.Ubat ini mahal harganya dan boleh didapati difarmasi.Dari pengalaman saya ada satu cara berkesan yang boleh jadi altenatif kepada ubat-ubat anti merokok yang banyak dipasaran.Cara ini murah dan mudah sahaja.Caranya ialah:


1)  Mengunyah petai mentah selepas makan.
      
       Biasanya keinginan untuk merokok timbul selepas perut kenyang iaitu selepas makan.selepas makan kita kunyah petai mentah.Selepas itu saya percaya anda tak ada selera untuk merokok,cubalah..

                                                             

2)  Mengosok gigi dengan ubat gigi berperasa pudina

       selepas makan kita hendaklah mengosok gigi dengan ubat gigi berperisa pudina.Selepas mengosok gigi,anda akan rasa keinginan anda untuk merokok akan berkurangan.


Selain dari itu ada cara-cara lain yang boleh membantu anda berhenti merokok.
.
1. Tetapkan tarikh untuk berhenti iaitu tarikh untuk korang berhenti merokok.
2. Yakin diri dan kuatkan azam untuk berhenti merokok.
3. Buatkan nota peringatan dan lekatkan di mana-mana tempat yang mudah untuk korang lihat sebagai peringatan.
4. Katakan pada diri “Saya Bukan Perokok” dan tekadkan pada diri “Saya Mampu Berhenti Merokok!”/
5. Sentiasa berfikiran positif.
6. Dapatkan sokongan daripada keluarga tersayang dan juga rakan taulan.
7. Minum air kelapa muda bagi menghilangkan rasa ketagihan untuk merokok.
8. Setiap kali terasa untuk merokok cuba lengahkan dengan membuat perkara lain sehingga terleka dan lupakan perasaan untuk merokok.
9. Buang segala rokok dan kotak rokok yang masih terdapat dalam simpanan.
9. Yang penting amalkan 12M untuk berhenti merokok
Tips Berhenti Merokok 12 M :
  1. Melengah-lengahkan iaitu cakap pada diri sendiri tunggu 5 minit atau katakan nanti sebentar sehinggalah anda tidak merasa ketagihan merokok.
  2. Menarik nafas panjang iaitu tarik nafas 3 kali secara perlahan-lahan.
  3. Minum air dengan kuantiti yang banyak terutamanya air masak. Elakkan minuman berkafein seperti nescafe dan kopi.
  4. Menyibukkan diri dengan berbuat sesuatu bagi mengalih fikiran dan untuk melupakan rokok.
  5. Menjauhkan diri daripada orang yang merokok. Cuba jauhkan diri dengan rakan yang merokok  sehingga korang benar-benar telah berjaya untuk berhenti merokok.
  6. Mengelakkan diri daripada suasana atau situasi yang mendorong kepada merokok seperti berkumpul atau lepak bersama kawan yang merokok.
  7. Mengunyah sesuatu seperti gam dan buah-buahan. Elakkan yang manis.
  8. Membasuh tangan selalu.
  9. Mandi dengan kerap.
  10. Meregangkan otot dengan melakukan senaman regangan apabila rasa mengantuk.
  11. Meditasi iaitu dengan menenangkan diri supaya dapat berfikir dengan rasional.
  12. Memohon doa iaitu berdoa kepada Tuhan agar dikuatkan azam dan tingkatkan usaha untuk berhenti merokok buat selama-lamanya.