Subscribe:

Ads 468x60px

Tuesday 25 September 2012

Cara Lajukan Internet Broadband

Cara lajukan Internet Broadband


Mahukah anda satu aplikasi yang boleh melajukan internet Broadband anda secara percuma?Saya telah mencuba aplikasi ini dan ternyata kelajuan

Sunday 23 September 2012

Petua elak rambut gugur

Petua dan cara elak rambut dari gugur


Seperti yang kita sedia maklum, mencegah itu lebih baik daripada mengubati, kan? Oleh itu, bagi anda yang sayangkan rambut tu, saya ada satu petua mencegah atau elak rambut gugur.


gambar bahagian kulit tembikai
Gambar diedit dari home-and-garden.webshots.com



Petua kecantikan ini boleh dilakukan terus kalau anda ada tembikai kat rumah tu. Langkah-langkah yang perlu anda lakukan ialah:


1. Selepas anda makan buah tembikai, jangan dibuang dulu kulitnya.

2. Sebaliknya, gunakanlah bahagian kulit tembikai tu(rujuk gambar di atas) dengan menggosokkannya pada kulit kepala anda.

3. Kemudian biarkan ia meresap ke kulit kepala anda. Tunggu dalam 15 ke 30 minit dan cucilah sampai bersih.

Kalau anda nak biarkannya semalaman pun boleh. Buat sebelum masuk tidur dan keesokannya baru cuci. Gunakan shower cap atau balut dengan kain supaya tak meleleh kat bantal nanti. Karang tak pasal-pasal lak semut yang datang.

4. Amalkan petua ni hanya sekali dalam seminggu.


Selamat Mencuba!

Tips Melambatkan Tumbuhnya Uban

Cara Lambatkan rambut beruban


Ada antara kita tidak menyukai rambut putih yang memenuhi kepala.Rambut putih itu menandakan usia kita telah meningkat.Tapi ada antara kita yang masih muda tetapi rambut sudah dipenuhi uban.Mereka merasa malu bila diperhatikan.Berikut adalah tips-tips untuk melambatkan proses rambut menjadi putih .Tips Melambatkan Tumbuhnya Uban | Bukan kita mahu mengubah ciptaan Allah, bukan juga kita mahu menolak ciptaan Allah. Tetapi ini adalah tips melambatkan tumbuhnya uban semata-mata. Jangan fikir uban hanya akan tumbuh pada lewat usia. Dek kerana faktor persekitaran, tekanan,pemakanan dan gaya hidup,ramai orang muda sekarang dah beruban rambutnya.
Ok,berikut ini diselitkan beberapa cara untuk melambatkan tumbuhnya uban. Rajin-rajinlah amalkan. Mungkin akan mengambil sedikit masa, namun insyallah hasilnya pasti memuaskan.
1. Usapkan campuran minyak kelapa dan air asam pada kulit kepala.Biarkan selama 15 minit sebelum dibilas.
2. Ambil secawan teh pekat dan tambahkan satu sudu makan garam. Setelah suam / sejuk,sapu rata-rata ke atas rambut dan urut kulit kepala. Biarkan selama sejam, lalu bilas dengan air sejuk tanpa syampu.
3. Vitamin A membantu menjaga kesihatan kulit kepala dan membuat rambut lebih bersinar. Vitamin A terdapat banyak dalam sayuran hijau dan buah-buahan berwarna merah dan kuning. Jadi biasakan diri mengambil makanan yang mengandungi sumber tersebut.
4. Selain daripada vitamin A, vitamin B juga berperanan dalam melancarkan pengeluaran minyak untuk menjaga kelembapan dan kesihatan rambut. Vitamin B banyak terdapat dalam sayuran hijau bijirin, hati, yogurt, pisang dan lain-lain.
5. Mineral yang sesuai untuk rambut adalah zink,zat besi dan tembaga. Bahan ini banyak terdapat pada daging, ayam, sayuran,biji-bijian dan makanan laut.
6. Protien penting untuk menjaga tekstur dan membuatkan rambut tampak sentiasa bersinar.Sumber ini terdapat dengan banyaknya dalam biji-bijian.Jadi,tunggu apa lagi ? Lebihkan biji-bijian dalam menu harian anda.
Ada uban tidak semestinya sudah dianggap tua, mungkin atas faktor yang lain seperti yang disebutkan di atas. Ada juga yang mengganggap dek kerana gemar terlalu berfikir. Mungkin juga sebab apabila terlalu banyak berfikir dab tidak mengawal emosi, maka berlakunya tekanan dalam diri.

Saturday 15 September 2012

Cara mudah berhenti merokok

Tips Mudah Berhenti Merokok

Umum mengetahui Rokok adalah salah satu punca berbagai penyakit merbahaya kepada kesihatan manusia.Penyakit yang berpunca dari rokok adalah seperti sakit jantung,kanser paru-paru,kanser tekak dan sebagainya.Menghisap rokok lebih banyak mendatangkan keburukan berbanding kebaikan.

Keburukan menghisap rokok

1) Merokok boleh dapat perbagai penyakit merbahaya.

2)Tiada stamina dan mulut berbau

3)Gigi rosak dan kehitaman

4)Asap rokok boleh sebabkan orang sekeliling mendapat penyakit yang sama seperti perokok

5)Membazir wang



berhenti merokok
Bahan Kimia Dalam Rokok
                              
                                                             

Dari pengalaman saya yang telah merokok sejak umur 17 tahun lagi,saya dapati memang sukar untuk menghentikan tabiat ini.Tambah lagi kalau kita bergaul dengan rakan-rakan yang merokok,lagi sukarlah untuk berhenti.Saya telah cuba mengunakan ubat makan,tapi setakat boleh berhenti satu bulan sahaja.Bila ubat dah habis,mulalah ketagihan kembali terutama selepas makan.Ubat ini mahal harganya dan boleh didapati difarmasi.Dari pengalaman saya ada satu cara berkesan yang boleh jadi altenatif kepada ubat-ubat anti merokok yang banyak dipasaran.Cara ini murah dan mudah sahaja.Caranya ialah:


1)  Mengunyah petai mentah selepas makan.
      
       Biasanya keinginan untuk merokok timbul selepas perut kenyang iaitu selepas makan.selepas makan kita kunyah petai mentah.Selepas itu saya percaya anda tak ada selera untuk merokok,cubalah..

                                                             

2)  Mengosok gigi dengan ubat gigi berperasa pudina

       selepas makan kita hendaklah mengosok gigi dengan ubat gigi berperisa pudina.Selepas mengosok gigi,anda akan rasa keinginan anda untuk merokok akan berkurangan.


Selain dari itu ada cara-cara lain yang boleh membantu anda berhenti merokok.
.
1. Tetapkan tarikh untuk berhenti iaitu tarikh untuk korang berhenti merokok.
2. Yakin diri dan kuatkan azam untuk berhenti merokok.
3. Buatkan nota peringatan dan lekatkan di mana-mana tempat yang mudah untuk korang lihat sebagai peringatan.
4. Katakan pada diri “Saya Bukan Perokok” dan tekadkan pada diri “Saya Mampu Berhenti Merokok!”/
5. Sentiasa berfikiran positif.
6. Dapatkan sokongan daripada keluarga tersayang dan juga rakan taulan.
7. Minum air kelapa muda bagi menghilangkan rasa ketagihan untuk merokok.
8. Setiap kali terasa untuk merokok cuba lengahkan dengan membuat perkara lain sehingga terleka dan lupakan perasaan untuk merokok.
9. Buang segala rokok dan kotak rokok yang masih terdapat dalam simpanan.
9. Yang penting amalkan 12M untuk berhenti merokok
Tips Berhenti Merokok 12 M :
  1. Melengah-lengahkan iaitu cakap pada diri sendiri tunggu 5 minit atau katakan nanti sebentar sehinggalah anda tidak merasa ketagihan merokok.
  2. Menarik nafas panjang iaitu tarik nafas 3 kali secara perlahan-lahan.
  3. Minum air dengan kuantiti yang banyak terutamanya air masak. Elakkan minuman berkafein seperti nescafe dan kopi.
  4. Menyibukkan diri dengan berbuat sesuatu bagi mengalih fikiran dan untuk melupakan rokok.
  5. Menjauhkan diri daripada orang yang merokok. Cuba jauhkan diri dengan rakan yang merokok  sehingga korang benar-benar telah berjaya untuk berhenti merokok.
  6. Mengelakkan diri daripada suasana atau situasi yang mendorong kepada merokok seperti berkumpul atau lepak bersama kawan yang merokok.
  7. Mengunyah sesuatu seperti gam dan buah-buahan. Elakkan yang manis.
  8. Membasuh tangan selalu.
  9. Mandi dengan kerap.
  10. Meregangkan otot dengan melakukan senaman regangan apabila rasa mengantuk.
  11. Meditasi iaitu dengan menenangkan diri supaya dapat berfikir dengan rasional.
  12. Memohon doa iaitu berdoa kepada Tuhan agar dikuatkan azam dan tingkatkan usaha untuk berhenti merokok buat selama-lamanya.
                                    



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...