Subscribe:

Ads 468x60px

Sunday 23 December 2012

Sebab-sebab Perut Buncit



Perut buncit memang tidak menyelesakan. Ia bukan sahaja membuatkan kita berasa cepat letih apabila melakukan pergerakan walaupun sekadar berjalan, perut yang buncit juga menjejaskan penampilan seseorang lantaran bentuk tubuh kelihatan tidak seimbang. Apakah sebab perut menjadi buncit?
Pakar kesihatan Dr. Selfie C. Rijal menjelaskan ada banyak faktor yang boleh menyebabkan perut menjadi buncit.


 Pertama, faktor keturunan.
“Faktor keturunan yang diwarisi daripada orang tua secara umumnya sukar dielakkan,” ujar Selfie.

Kedua ialah faktor penuaan.
 Dengan bertambahnya usia, penghasilan hormon dehidroepiandrosteron (DHEA) mulai berkurangan.  Hasil kajian oleh Harvard Women's Health Watch mendapati wujudnya kaitan antara penurunan hormon ini dengan peningkatan pengumpulan lemak di perut.

Faktor ketiga ialah makanan dan minuman tertentu. 
 Doktor lulusan Universiti Padjajaran itu menjelaskan gula dan alkohol terutamanya yang terkandung dalam bir, adalah musuh utama kerana ia boleh membuatkan otot menjadi kendur.
Daripada segi pemakanan, katanya alkohol amat berbahaya bagi tubuh.  Ini kerana alkohol mengandungi  kalori yang tinggi, sama seperti kalori dalam makanan berlemak.  Selain itu, meminum alkohol akan memaksa hati bekerja lebih keras untuk menyingkirkan alkohol dan pada masa sama proses menyaring gula akan tertangguh.
“Gula itu kemudiannya terpaksa disimpan dalam tubuh sebagai lemak.  Pada masa sama, alkohol juga  dapat meningkatkan nafsu makan,” ujar doktrr yang bertugas di Hospital Sari Asih, Tangerang, Banten itu.
Menurut Selfie, makanan segera juga boleh mengakibatkan perut menjadi buncit berikutan jumlah kalori dan lemaknya yang sangat tinggi. Tidak ketinggalan, susu. Jika yang diminum itu ialah susu berkalori tinggi, maka ia boleh menyumbang kepada kebuncitan perut. “Justeru sebaik- sebaiknya minumlah susu rendah kalori,” tegas beliau.

Penyebab keempat bagi perut buncit ialah tembakau.
 Ia boleh menjejaskan aktiviti penghadaman.  Selfie berkata biasanya ketika merokok selepas makan, perut akan berasa kembung kerana penghadaman terganggu.

Penyebab kelima, stres.
  Menurut Selfie, keadaan psikologi seseorang mampu mengganggu aktiviti semula jadi tubuh termasuklah sistem penghadamannya. Stres juga boleh mencetuskan rasa kenyang dan menimbulkan masalah pada keupayaan tubuh menyimpan lemak. Akibatnya, perut kelihatan lebih mengembang. “Untuk mengatasinya, belajarlah untuk lebih relaks serta bernafas secara perlahan dan mendalam,” jelas beliau.
Dalam pada itu Selfie mengingatkan bahawa golongan wanita yang biasanya lebih mudah dilanda stress, cenderung memiliki lemak berlebihan di perut, meski pun berat badannya normal.  Keadaan ini mungkin diakibatkan oleh kesan hormon stres kortisol yang membuatkan lemak terkumpul di sekitar perut.

Penyebab keenam mempunyai kaitan dengan perubahan hormon, terutamanya ketika menopaus.
  Keadaan ini menyebabkan pengeluaran hormon seks estrogen berkurangan sekali gus membawa kepada pengumpulan lemak pada perut.
Tumpukan lemak yang tidak sekata boleh membuatkan orang yang bertubuh kecil, buncit perutnya. Sememangnya ia kelihatan amat tidak selesa.  Jelas Selfie, keadaan ini berpunca daripada pengambilan karbohidrat secara berlebihan seperti nasi dan makanan berasaskan tepung seperti mi, bihun dan ladu, dalam kuantiti yang banyak.  Akibatya, karbohidrat yang berlebihan akan disimpan dalam bentuk lemak terutamanya di perut, atau lebih tepatnya di rongga-rongga di antara organ dalam perut.
“Penumpukan lemak di perut juga menjadi petunjuk bahawa kurangnya aktiviti fizikal dan penurunan kadar metabolisme tubuh,” jelas Selfie.  Jelas beliau, “Faktor utama yang membawa kepada kebuncitan perut adalah gaya hidup dan iklan yang berleluasa di pelbagai media.”

Benarkah perut akan buncit apabila seseorang terus tidur selepas makan? “Ya, benar.  Perut akan menjadi buncit kerana proses penghadaman tidak dapat berfungsi dengan baik,” ujarnya.
Begitu juga dengan minuman bersoda.  Minuman jenis ini boleh membuatkan perut menjadi kembung dan akhirnya membuncit. “Gelembung-gelembung udara dalam minuman berkarbonat boleh mengakibatkan perut buncit,” jelas Selfie.

sumber:Yahoo

Thursday 6 December 2012

Cara hilangkan rasa pedas cili

Adakah korang suka makanan pedas.Tak dinafikan orang kita memang suka makanan pedas.Ada caranya untuk mengurangkan rasa pedas itu.

Gambar hiasan
                                                     



Rasa pedas bukanlah dikesan oleh tunas rasa, sebaliknya dikesan oleh deria kesakitan di lidah, yang dirangsang oleh bahan kimia dalam makanan pedas seperti cili. Sebab itulah, rasa 'pedas' boleh dirasa oleh tangan, esofagus dan perut.

Rasa pedas dalam cili (ataupun bahan-bahas pedas lain) adalah disebabkan oleh sejenis bahan kimia yang dipanggil Capsaicin, iaitu sejenis bahan kimia yang meransang deria sakit, atau lebih tepat mewujudkan rasa terbakar (burning sensation).

Rasa pedas ini hanya dapat dirasai oleh membran yang bermukus. Sebab itulah, jika tangan kering, tidak terasa 'kepedasannya'.

Untuk hilangkannya? Disebabkan ia mewujudkan rasa 'terbakar', cara senang untuk hilangkannya ialah dengan menggunakan bahan yang sejuk (air sejuk contohnya), tetapi bahan kimia capsaicin ini tidak larut dalam air, maka ia hanya memberikan kelegaan yang sekejap sahaja.

Cara paling berkesan ialah mengambil bahan-bahan tenusu (seperti susu dan yogurt) kerana ia mempunyai kasein, yang boleh melarutkan bahan kimia itu.

Jus Tomato
Sebelum memakan makanan yang pedas, pastikan di sebelah anda terdapat jus tomato yang mampu mengawal rasa pedas di dalam perut.

Bukan Air kosong
Ramai yang beranggapan untuk menghilangkan rasa Capsaicin adalah dengan meminum air kosong sedangkan cara yang paling mujarab adalah dengan meminum air susu ataupun yogurt sejuk.

Ais krim
Makanan yang paling masuk akal jika mahu menghilangkan rasa pedas adalah aiskrim keranan sifatnya yang dingin. Oleh yang demikian, rasa pedas boleh berkurangan dengan memakan makanan yang sejuk dan ais krim juga mengandungi minyak yang terlarut di dalam bahan kimia pedas berbanding air kosong.

Air berkarbonat
Perkara yang paling kerap dilakukan oleh masyarakat di Malaysia apabila memakan makanan pedas ialah dengan meminum air bergas. Ianya diperakui tidak dapat menghilangkan rasa pedas malahan menambahkan lagi rasa tidak selesa di dalam perut.

Cara elak dijangkiti selsema

Kali ini aku nak berkongsi petua mudah supaya kita tidak dijangkiti selsema.

Selsema merupakan jangkitan salur pernafasan atas, yang memberi kesan terhadap salur-salur hidung dan kerongkong yang disebabkan oleh virus. Kajian mendapati terdapat lebih dari 200 virus selsema. Jenis-jenis virus mungkin berbeza pada setiap musim.

Kulit kayu manis
                                                   

Selsema boleh tersebar dengan mudah apabila seseorang itu bercakap, batuk atau bersin atau dengan sentuhan langsung.

Apa yang pasti, gejala selsema sering membuat anda berasa tidak selesa.

Bagi kanak-kanak, gejala ini kebiasaannya dirawat dengan menyapu kunyit yang telah dicampurkan dengan kapur sirih pada hidung bayi. Malah lendir dari batang sireh yang telah dihancurkan ataupun lendir dari daun sireh yang diramas juga dikatakan berkesan disapu sepanjang hidung bayi.

Berbeza dengan orang dewasa, terdapat pelbagai cara yang boleh diamalkan bagi mengatasi gejala selsema.

Mulakan langkah pertama iaitu mengatasi gejala selsema dengan membasahkan ubun-ubun tidak kira sama ada pada waktu hujan mahupun panas.

Manakala sekiranya mahu mandi, pastikan anda tidak mandi lewat terutamanya pada waktu malam. Rasa sejuk dingin malam hanya akan membuatkan gejala selsema yang anda alami menjadi lebih teruk. Selewat-lewatnya mandi pada waktu petang dengan menggunakan air suam.

Langkah terbaik untuk mengatasi penyakit selsema adalah dengan mengamalkan petua mencampurkan sedikit kapur sirih, dua titik minyak kayu putih di atas sehiris limau dan diperahkan airnya lalu diminum. Sekiranya anda konsisten mengamalkan petua ini sekali dalam sehari, masalah selsema tiada lagi.

Meminum susu panas dicampurkan dengan sedikit serbuk kulit kayu manis turut membantu anda mengatasi selsema. Ini kerana khasiat yang terdapat di dalam susu panas dan kulit kayu manis mampu menghangatkan badan anda dengan segera.

Sekiranya ia masih belum berkesan, kunyah sedikit kulit kayu manis juga boleh membantu mengurangkan dan mengeringkan lelehan hingus, melancarkan peraliran darah dan sekaligus dapat membantu proses penyembuhan. Namun pastikan ia di basuh terlebih dahulu sebelum dikunyah.

Selamat mencuba!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...