Subscribe:

Ads 468x60px

Saturday 27 October 2012

Kenapa Anak Lenggeng

Kenapa blog ini dinamakan Anaklenggeng




Assalamualaikum

Sebenarnya aku namakan blog ini anaklenggeng sebab aku dilahirkan di Lenggeng,Negeri Sembilan,itu saja.Sebenarnya aku dibesarkan di Kuala Lumpur dan sekarang menetap di Selangor.Aku cuma menetap di Lenggeng sehingga umurku tujuh tahun,selepas itu kakak aku membawa aku berhijrah ke KL selepas kematian orang tua ku.Semasa nak beri nama blog ini aku terfikir akan nama yang unik ,lepas itu terciptalah nama blog ini.

Kebaikan Dan keburukan Facebook



Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

FACEBOOK.Siapa yang tak tahu Mukabuku ini.Dari budak sekolah hinggalah ke orang tua tahu akan laman soSial ini. Satu fenomena luar biasa yang melanda dunia sejak tahun 2006. Di asaskan oleh seorang lepasan Universiti Harvard iaitu Mark Zuckerberg, kini penggunaanya mencecah kepada 400 juta pengguna aktif di seluruh negara.




                                         

Di negara kita, Malaysia, Facebook turut menjadi satu laman sosial yang paling popular. Pelbagai fungsi dimainkan mengikut kehendak diri dan agensi masing-masing. Namun begitu, pada pendapat saya, terdapat juga beberapa KEBAIKAN dan KEBURUKAN Facebook. Antaranya ialah :

KEBAIKAN :

1) Mengikat tali silaturrahim antara keluarga, sanak saudara dan sahabat handai.

2) Sebagai media pemasaran produk / perkhidmatan, syarikat swasta, jabatan kerajaan dan lain-lain melalui          
     iklan.

3) Berkongsi sesuatu yang baik seperti nasihat, resepi masakan, amalan agama dan lain-lain.

4) Dapat mengenali orang yang mempunyai hobi, minat dan arena yang sama. (Group)

5)Dapat mengesan kembali rakan-rakan lama yang dah lama terpisah.

6)Sebagai media hiburan melalui permainan-permainan yang tersedia didalamnya.

KEBURUKAN :

1) Kurangnya privasi kerana segala perbuatan dan aktiviti kita akan di "update".

2) Menjadi medan "kebebasan bersuara" untuk memfitnah, mengutuk, mengeji dan lain-lain.

3) Pengguna memuat naik gambar-gambar personal yang membuka aurat dan yang keterlaluan.

4) Melalaikan sehingga menganggu waktu bekerja (siang) dan waktu tidur (malam)

5) Gambar-gambar yang diupload boleh dimanupulasi oleh pihak lain untuk tujuan tak baik atau sebagainya.

Ini saja pandangan saya mengenai Facebook,mungkin anda mempunyai pandangan yang berbeza..sila komen dibawah.


Friday 26 October 2012

Resepi Rendang Daging

Kali ini saya akan berkongsi resepi rendang daging,rendang daging ini makanan kegemaran saya.Kalau Lemang dicecah dengan rendang ni,oh sedapnya...
                                                          





                                                          


Bahan-bahan (5-6 orang)

500 gm daging
8 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1/2 inci halia
1/2 inci lengkuas
1/2 inci kunyit hidup
7 biji cili padi
3-4 batang serai – dititik
1 sudu besar cili kisar
1 sudu besar kerisik
2 sudu besar rempah gulai cap bunga rose / serbuk kari
1 sudu besar gula Melaka
1 mangkuk santan
5 helai daun kunyit
5 helai daun limau purut
Garam dan gula
Cara-cara
  1. Kisar bawang merah, bawang putih, halia, lengkuas, kunyit dan cili padi.
  2. Panaskan minyak, tumis bahan-bahan yang telah dikisar dan serai.
  3. Masukkan cili kisar, rempah cap bunga ros, gula Melaka, kerisik dan santan. Kacau sehingga sekata, kemudian masukkan daging.
  4. Masukkan daun kunyit, daun limau purut, garam dan gula secukup rasa. Masak sehingga kuah pekat.
  5. Siap untuk dihidangkan dengan nasi putih, nasi himpit atau ketupat.
Rempah cap bunga rose ni ada 2 jenis, satu rempah gulai dan lagi satu rempah masak. Untuk rendang, sila guna rempah gulai. Rempah-rempah keluaran Terengganu ni biasa orang guna untuk buah gulai ikan tongkol (nasi dagang), gulai ayam (nasi minyak) dan laksa Terengganu. Boleh google image untuk kepastian. Kalau tak jumpa rempah ni boleh ganti dengan serbuk kari.

Sunday 21 October 2012

Tanda-tanda komputer dijangkiti virus


Kewujudan sistem rangkaian dan penggunaan Internet yang 'wajib' menyebabkan kita sentiasa terdedah dengan ancaman virus. Mungkin anda sendiri pun selalu menerima 'reminder' dari penyedia perkhidmatan antivirus meminta supaya signature dikemaskinikan. Mungkin ada dikalangan kita yang pernah mengalami serangan virus yang menyebabkan kerosakan pada sistem PC dan mungkin juga ada diantara kita yang belum pernah merasai gejala serangan ini…

Kita perlu berwaspada setiap masa dan yang paling penting ialah jangan mengabaikan 'perintah' mengemaskinikan signature antivirus. Jangan kita sangka bahawa apabila kita telah memasang perisian antivirus maka PC kita telah selamat. PC kita tidak akan selamat selagi kita tidak mengemaskini antivirus dari masa ke semasa. Ini adalah kerana semakin banyak virus-virus baru dicipta yang mempunyai pelbagai ciri dan variasi untuk menyerang sistem komputer.

Bagi yang pernah mengalami penangan virus, mungkin sudah arif tentang petanda-petanda bahawa sistem PC telah diserang tetapi bagi yang belum pernah mengalaminya disini di senaraikan beberapa simptom yang mungkin disebabkan oleh serangan virus. Jadi jika anda pernah mengalami salah satu dari simptom dibawah, lebih baik anda lakukan pengimbasan keatas sistem dengan kadar yang segera.

Tanda tanda pc anda telah dijangkiti virus adalah seperti berikut: 

* PC menjadi hang selepas dibuka, dan seringkali berlaku.
* Prestasi PC tiba-tiba sahaja menjadi lembap. Sebarang aplikasi atau fail yang
hendak dibuka menjadi terlalu perlahan.
* Keluar mesej "Out of memory error" walaupun PC mengandungi ruang ingatan
yang mencukupi.
* Sistem operasi Windows tidak boleh dijalankan walau sebelum ini kita tidak
pernah menyentuh bahagian setting ataupun mengubah registry.
* Sistem operasi Windows tidak dapat dijalankan kerana fail-fail penting untuk
menjalankannya hilang tiba-tiba.
* Ada program yang tidak pernah diinstal sebelum ini tiba-tiba muncul dan
berjalan dengan sendirinya.
* Terdapat proses yang tidak diketahui sedang berjalan dan menggunakan
banyak sumber CPU.
* Kita tidak boleh menginstal sebarang program atau aplikasi baru.
* Windows seringkali reboot dan proses reboot berlaku berulangkali.
* Utiliti cakra seperti scandisk melapurkan banyak error pada cakra selepas
melakukan imbasan cakra.
* Program atau aplikasi yang sebelum ini boleh digunakan crash secara tiba-
tiba.
* Drive partition bagi cakra keras, CD-ROM dan cakra liut tiba-tiba sahaja hilang.
* Menerima email yang mengandungi sisipan-sisipan yang ganjil, contohnya
mengandungi dua ekstensi.
* Perisian Antivirus hilang tiba-tiba.
* Perisian Antivirus tidak boleh di instal.
* Dialog box terpapar pada skrin secara tiba-tiba.
* Sistem PC berjalan dengan sendirinya, misalnya tetikus menunjuk ke sesuatu,
membuka dan menutup tray CD-ROM dengan sendirinya.
* Penunjuk tetikus berubah imej dan grafik.
* Ikon-ikon ganjil terpapat pada sistem tray walaupun tidak pernah menginstal
sebelum ini.
* Muzik atau Video tiba-tiba sahaja dimainkan dengan sendirinya.
* Saiz sesuatu fail berubah, walaupun kita tidak mengeditnya sebelum ini.
* Fail-fail yang kita simpan hilang satu persatu.
* Properties sesuatu fail berubah dengan sendirinya.

Menghindar Ancaman Virus 

Sebagai pengguna komputer, ada beberapa langkah yang dapat kita lakukan untuk menghindari sistem kita dari ancaman virus ataupun akibat-akibat buruk yang ditimbulkannya:

Pasang Anti Virus pada sistem anda
Sebagai perlindungan di garis depan, penggunaan anti virus adalah wajib. Ada banyak anti virus yang berada di pasaran pada masa ini. Antaranya adalah McAfree VirusScan (www.mcafee.com) dan Norton Anti Virus (www.symantec.com).
Update database program anti virus secara teratur
Ratusan virus baru muncul setiap bulan. Usahakan untuk selalu meng-update database dari program anti virus yang anda gunakan. Database terbaru dapat dilihat pada website perusahaan pembuat program anti virus yang anda gunakan.

Berhati-hati sebelum menjalankan file baru
Lakukan scanning terlebih dahulu dengan anti virus sebelum menjalankan sebuah file yang didownload di internet atau menyalin data dari orang lain. Apabila anda biasa menggunakan e-mail, berhati-hatilah setiap kali menerima attachment dalam bentuk file executable. Waspada terhadap file-file yang berjenis: *.COM, *.EXE, *.VBS, *.SCR, *.VB. Jangan membukanya sebelumsebelum melakukan scanning dengan software anti virus.

Curigai apabila terjadi keanehan pada sistem anda
Menurunnya prestasi sistem secara drastik, khususnya semasa melakukan operasi pembacaan/penulisan file di disk, serta munculnya masalah pada software semasa dijalankan, ia boleh menjadi tanda-tanda bahawa sistem anda mungkin dijangkiti virus.
Backup data anda secara teratur
Tips ini mungkin tidak secara langsung menyelamatkan data anda dari ancaman virus, namun demikian akan sangat berguna apabila virus betul-betul menyerang dan merosakkan data di komputer yang anda gunakan. Setidak-tidaknya dalam situasi tersebut, anda tidak akan kehilangan seluruh data yang telah anda backup sebelumnya.


Bagaimana Hendak Menghapuskan Virus 

Virus komputer wujud dalam pelbagai bentuk dan boleh mengakibatkan pelbagai kerosakan terhadap sistem anda. Mujurlah, kebanyakan virus boleh diuruskan dengan mudah dan kaedah berkesan untuk menghapuskannya dicipta sebaik sahaja virus-virus dapat dikesan. Jika anda fikir komputer anda telah dijangkiti, ambil langkah yang perlu untuk membersihkan sistem anda dan mengelakkannya daripada menjangkiti komputer lain.

Langkah-langkah yang perlu

Jika sistem anda dijangkiti virus, lawatilah laman web pengeluar perisian pengimbas-virus dan pasang mana-mana pengesan virus baru ada. Jalankan perisian berkenaan. Perisian ini mungkin tidak dapat menghapuskan virus, tetapi sekurang-kurangnya dapat mengenalpasti virus.
Cari maklumat di internet berkenaan virus yang telah anda kenalpasti tadi dengan menaip nama virus atau file yang berkaitan pada ruangan di enjin pencari, diikuti dengan perkataan"virus". Contohnya, "Melissa virus", "BubbleBoy virus" dan sebagainya. Cubalah cari penyelesaian secara manual untuk menghapuskan virus ini. Seperti yang kita tahu, virus adalah satu perisian sama seperti Notepad, Word dsb. Jadi, kesannya juga adalah sama, jadi kita boleh membaiki Sistem kita yang terjejas secara manual
Pindah turun dan pasang mana-mana perisian pembetulan sementara (patches) atau program-program yang boleh membantu anda menghapuskan virus tersebut. Atau ikut mana-mana arahan yang anda temui bagi memadam virus secara manual.
Jalankan pengimbas virus lain untuk memastikan virus berkenaan telah diuruskan sebagaimana sepatutnya.

Mengelakkan Jangkitan Virus Komputer

Di bawah ini adalah beberapa langkah yang boleh membantu anda mengelakkan komputer anda dari dijangkiti virus komputer. Namun harus diingat, sila pastikan anda faham dengan apa yang akan anda lakukan.

Nyahfungsi hos skrip Windows(Windows Scripting Host)

Cara ini adalah untuk mengelakkan diri dari virus yang dibuat menggunakan Visual Basic; contoh virus - ILoveYou. Dengan mematikan fungsi windows scripting host, kita dapat mengelakkan virus jenis ini daripada diaktifkan.


Berikut adalah cara utk mematikan fungsi ini di dalam Windows 98 :
1. Pergi ke COntrol Panel dan dwi-klik "Add/Remove Programs".
2. Klik pada tab Windows Setup.
3. Dwi-klik Accessories.
4. Bukan tanda pada kekotak Windows Scripting Host.
5. Klik OK.

Jangan sembunyi "extensions" pada fail

Jika anda lihat pada fail-fail yang di dalam Windows, anda akan dapat melihat yang Windows hanya memaparkan nama fail sahaja tanpa "extensions"nya. Memanglah nampak lebih kemas dan canggih dengan menyembunyikan "extension" ini. Namun, ada bahayanya. Biasanya virus disembunyikan dengan menggunakan fungsi Windows ini. Contohnya virus "Britney.jpg" yang kononnya adalah gambar. tapi jika fungsi ini dimatikan, anda akan dapat melihat nama fail sebenar ialah "Britney.jpg.exe". Jika anda menemui fail-fail begini, inilah virus!!


Langkah untuk memaparkan "extension" pada Windows ialah:

1. Buka My Computer
2. Pergi menu TOOLS dan ke FOLDER OPTIOS
3. Klik pada tab VIEW
4. Cari kekotak HIDE EXTENSIONS FOR KNOWN FILE TYPES dan buang tandanya
5. Klik APPLY TO ALL FOLDERS yang berada di atas panel.
6. Klik OK..

Berhati-hati dengan makros!

Sesetengah virus dapat menyusup masuk melalui dokumen Word dan Excel. Mengikut pengalaman saya, biasanya perkara ini berlaku kepada pelajar-pelajar Universiti yang berkongsi disket untuk membuat tugasan. Jika anda tidak mempunyai perisian Anti-Virus di dalam komputer anda, maka adalah lebih baik anda mematikan fungsi makro di dalam Word atau Excel :
1. Pergi ke TOOLS > MACRO > SECURITY
2. Klik pada TAB SECURITY
3. Klik pada HIGH. Pilihan ini akan mematikan fungsi makro. Anda boleh ubah kembali jika anda ingin
melaksanakan sesuatu makro.

Menerima Emel Yang Ada Virus

Apa yang harus dilakukan?
Virus komputer mudah dipindahkan menerusi email. Terdapat virus mengepilkan dirinya sendiri bersama mesej keluar tanpa disedari langsung kewujudannya oleh si pengirim. Jika anda telah menerima email yang mengandungi virus dan ingin mengelakkannya daripada merebak, maklumkan kepada di penghantar mesej tersebut selepas mengawalpulihara komputer anda sendiri.

Langkah-langkah yang perlu

1. Catat alamat email orang yang menghantar mesej tersebut.
2. Padam/buang mesej tersebut dan fail kepilannya.
3. Jalankan pengimbas virus di komputer anda.
4. Ambil mana-mana langkah yang sewajarnya bagi menghapuskan virus.
5. Hantar mesej kepada orang yang menghantar virus, beri peringatan bahawa komputernya telah dijangkiti
virus. (Namun perlu diingat, virus terkini berupaya menyamar menggunakan alamat emel seseorang, sedang
komputer orang tersebut tidak mempunyai virus.)

Panduan

Kaedah penghapusan virus berbeza bagi virus yang berlainan. Cari di internet maklumat tentang virus yang anda ingin tahu.

Jika orang yang menghantar virus kepada anda bukanlah dari kalangan mereka yang arif mengenai komputer, anda boleh memasukkan pautan ke laman yang berkaitan maklumat virus supaya dia dapat mencari sendiri maklumat berkenaan virus yang diingini dan bagaimana untuk menghapuskannya.

Apa itu virus komputer? 

Semenjak virus PC pertama ditemui pada 1986, jumlah keseluruhan virus berkembang pesat sehingga tidak terkira. Pelbagai jenis virus telah dicipta dengan pelbagai matlamat penyebaran. Ramai yang telah tahu bahawa virus komputer merupakan sebahagian daripada program jahat yang boleh mempengaruhi operasi biasa sistem komputer. Virus komputer juga adalah program seperti program yang kita gunakan sehari-hari, seperti Microsoft Word dan lain-lain. Cuma, program lain digunakan untuk kebaikan, virus adalah sebaliknya.


Mengapa kita memanggil kod jahat ini virus komputer?

Saintis komputer telah menemui beberapa persamaan antara virus biologi (seperti "H5N1") dan virus komputer. Pertama sekali, kedua-duanya memerlukan perumah sebagai tempat tinggal. Dalam kes virus komputer, perumah biasanya adalah fail atau cakera yang telah dijangkiti. Kedua, kedua-duanya mampu mereplika (membuat salinan) sendiri dari satu perumah ke perumah yang lain.


Akhir sekali, kedua-duanya boleh mengakibatkan kerosakan pada perumah tersebut. Namun sekurang-kurang terdapat satu perbezaan: "virus komputer dicipta oleh manusia sementara virus biologi tidak begitu."

Apabila virus menyerang, kesannya bermula daripada paparan skrin yang menyakitkan hati hinggalah kerosakan data yang teruk dan mengakibatkan kemusnahan yang dahsyat.

Untuk memburukkan lagi keadaan, virus bernama "virus makro" menyertai dunia komputer pada 1995. Keupayaannya menjangkiti fail dokumen telah menidakkan pendapat yang mengatakan "virus hanya boleh menjejaskan fail program." Selain itu, kebiasaan bertukar-tukar dokumen antara pengguna komputer telah menyemarakkan lagi penyebaran virus makro.

Namun begitu, dengan langkah balas yang bertepatan, kita masih dapat mencegah atau mengurangkan kehilangan dan kerugian akibat jangkitan komputer.


Tanda-Tanda Serangan Virus Komputer

Komputer tidak dapat diboot daripada cakera keras
Perjalanan sistem komputer menjadi lambat
Mesej atau aksara yang ganjil/aneh terpapar pada skrin
Mesej kehadiran virus terpapar
Jumlah ingatan RAM merosot
Data/maklumat hilang atau rosak

Pencegahan Virus
Jangan guna disket orang lain yang tidak dikenal pasti akan keselamatannya. Ini kerana virus mungkin terdapat di dalam disket tersebut.
Menggunakan perisian asli (original). Perisian cetak rompak "mungkin" telah dijangkiti atau mempunyai virus di dalamnya.
Sentiasa membuat salinan (back-up) supaya data/maklumat supaya jika maklumat/data yang asal hilang, anda masih mempunyai salinannya.
Berhati-hati menggunakan komputer awam, seperti di pusat siber, perpustakaan dan lain-lain, pastikan disket anda diimbas menggunakaan perisian anti-virus terlebih dahulu.
Sentiasa "write-protect" disket (penutup selak pada disket dibuka agar disket anda hanya boleh dibaca tetapi tidak boleh ditulis) anda supaya sesuatu virus tidak berupaya menulis ke dalam disket anda.
Amalkan operasi imbas pada disket dan juga komputer anda (sekali seminggu adalah digalakkan)
Sentiasa memastikan perkara luar biasa berlaku pada disket, fail dan juga komputer anda, contohnya; saiz fail menjadi lebih besar daripada sepatutnya, mesej aneh dipaparkan pada skrin komputer anda dan lain-lain.

Perisian Anti-Virus
Perisian ini digunakan untuk menghapuskan virus komputer.
Ianya sepatutnya perlu ada pada setiap komputer, namun jika anda tidak mampu memliki perisian ini anda bolehlah mengimbas cakera anda di dalam internet atau muat terima perisian anti-virus percuma daripada internet.

Contoh perisian anti-virus:
Norton Anti-Virus (amat digalakkan)
PC-Cilin
Dr Solomon
Mc Afee
Tool kit
Macro Anti-virus
V-Buster
AVG Anti-Virus System


Berhati-hati Dengan Emel Anda!

Penulis rasa perlu memberi lebih info tentang perkara ini kerana ramai pelanggan di ACs masih membuka attachment yang hanya akan mengaktifkan virus. Jadi diharapkan Artikel ini akan memberi sedikit sebanyak info tentang virus melalui emel ini.

Virus yang disebarkan melalui emel semakin berleluasa sekarang ini. Kini, penulis virus telah menjumpai cara untuk menghantar emel yang menyamar sebagai emel yang dihantar oleh orang yang kita kenali. Seterusnya emel ini meminta kita membuka kepilan (attachment) dengan mendakwa bahawa fail yang dikepil ini penting dan sebagainya.

Bagi mereka yang kurang arif, pasti akan tertipu dan akan membuka fail kepilan. Ini akan menyebabkan skrip yang terkandung di dalam kepilan akan merebak ke komputer mangsa.

Juga perlu diingat bahawa virus ini mempunyai kebolehan untuk menyamar seolah-olah seseorang yang kita kenali telah menghantar mesej kepada kita. Sedangkan ia hanyalah skrip jahat yang hanya ingin membuat kacau.

Jadi hati-hati dengan setiap emel yang diterima. JANGAN buka FAIL yang dikepil sekalipun penghantar emel tersebut kita kenal. Pastikan dulu JENIS/FORMAT FAIL yang diterima. Jika format fail tersebut ialah .scr , .exe , .wav maka itu adalah VIRUS!! JANGAN KLIK PADA PAUTAN (LINK) YANG ADA DALAM EMEL TERSEBUT.

Perisian Yang TIDAK Patut Anda Muatterima dan Instal!

Di dalam internet ada banyak perisian-perisian yang ditawarkan secara percuma. Namun perlu dingat, ada beberapa jenis lesen perisian percuma. Ada yang FREEWARE yang bermaksud perisian ini adalah percuma, ada yang ADWARE atau SPYWARE yang bermaksud perisian ini percuma tetapi anda perlu instal perisian lain selain perisian yang anda inginkan. Di sini acoms ingin menyenaraikan perisian-perisian yang TIDAK PATUT anda semua muatterima dan instal ke dalam komputer anda.

1. Gator

Gator adalah perisian yang amat menyakitkan hati. Pereka Gator berupaya menginstal perisian mereka ini ke dalam komputer anda TANPA PENGETAHUAN ANDA. Dan mereka juga kadang-kadang mengelirukan pengguna dengan iklan-iklan yang menarik. Jika anda terinstal Gator, maka komputer anda menjadi seperti tapak IKLAN. Setiap hari anda akan dihujani dengan "pop-up" yang dihantar oleh Gator ini. Jadi, saranan acoms..jauhkan komputer anda daripada laman web Gator. acoms sendiri telah menyekat pelanggan-pelanggan kedai acoms dariapda melayari laman web Gator, malah iklan Gator juga telah disekat.

2. Bonzi Buddy

Monyet kiut yang berwarna ungu ini sebenarnya amat jahat!. Jangan terpengaruh dengan kekiutan monyet ni. Bonzi Buddy sebenarnya mengumpul maklumat tentang tabiat anda di dalam internet, kemana anda meluncur, laman apa, bila dan maklumat ini akan digunakan untuk iklan yang dihantar kepada anda. Perisian ini juga akan menyebabkan komputer anda menjadi lembab! So, jauhkan dari capaian komputer anda!

3. GoHip

GoHip dikatakan adalah penambah nilai kepada browser anda, tetapi sebenarnya, tiada guna instal benda ni. Browser anda menjadi lebih lembab dengan adanya benda ni. Malah, jika anda terinstal, nak buang balik amat payah. Tapi, jika anda terinstal juga, tekan pautan ini untuk buang GoHip ni.http://www.gohip.com/remove_browser_enhancement.html

4. Hotbar

Kononnya dengan adanya Hotbar ni browser IE menjadi lebih kool. Hotbar sebenarnya hanyalah sekadar skin browser IE sahaja. Selain mencantikan IE anda, tugas Hotbar adalah mengutip tabiat anda di dalam talian, merekod setiap sawang yang anda lawati. Menjadi capaian internet anda semakin perlahan dan lembab! Jadi nasihat saya - jangan instal! Jika anda terinstal, jangan guna Add/Remove kerana ini akan menyebabkan masalah lain timbul. Tekan sini! untuk buat Hotbar.http://hotbar.com/downloads/HBfullUnInst.exe
5. Xupiter Toolbar

Satu lagi perisian yang menyakitkan hati. acoms bukak CC..nilah antara perisian yang paling menyesakkan perasaan. Dia masuk dengan senang, pelanggan-pelanggan yang tidak arif pasal komputer, terus aje tekan YES dan benda alah ni akan instal dirinya sendiri! Lepas aje dia masuk, komputer akan lembab. Kemudian banyaklah iklan yang bakal terpapar. Jadi, nasihat acoms..block terus alamat Xupiter ni! Kalau anda telah terinstal perisian ini, tekan ini.

Perlukah kita gunakan antivirus?

Banyak pihak menyarankan penggunaan perisian antivirus terkini untuk memastikan keselamatan komputer. Persoalannya, perlukah atau tidak kita menggunakan perisian sebegini rupa? Memang tiada jawapan mudah, namun sebagai pengguna kita seboleh-bolehnya tidak mahu membelanjakan duit tanpa justifikasi tetapi pada masa yang sama ingin meminimakan risiko tersebut. Tetapi bagaimana ya?

Di sini diturunkan beberapa tips dan saranan mudah yg boleh kita amalkan :-

1. Jangan sekali-kali menggunakan MS Outlook atau Outlook Express.
Sebagai ganti gunakan Pegasus Mail, TheBAT atau Eudora, yg mempunyai ciri-ciri terbaik Outlook untuk menghantar dan menerima gambar serta teks dsb.

2. Tidak membuka atau membaca mel-mel dari sumber yg tak dikenali.
Padamkan terus tanpa membaca mel-mel yang anda ragui kesahihan serta sumbernya, terutamanya dari penghantar mel "spammers".

3. Memasukkan perisian firewall seperti Zone Alarm, atau Tiny Firewall untuk mencegah penggodam daripada memasuki komputer dan meletakkan perisian jahat seperti trojan atau jalan belakang serta mencuri kata laluan anda.

4. Attachment berbentuk Word atau Excel?
Beritahu sahaja sesiapa yang ingin menghantarkan attachment bahawa anda hanya menerima fail dalam bentuk RTF (rich text format) sebagai ganti Word, ataupun CSV (comma separated values) untuk Excel. Untuk membukanya, klik kanan pada attachment tersebut pilih MS Word atau Excel. Senangkan...

5. Padamkan opsyen Javascript atau Vbscript dalam pelayar web anda.
Kurang skrin popup timbul, serta memudahkan pelayaran anda ke tempat-tempat yang dituju. Laman web juga lebih cepat dipindahkan.

6. Padamkan perisian wscript.exe dan cscript.exe di dalam direktori Windows
Mengelakkan skrip-skrip jahat seperti virus AnnaKournikova.vbs contohnya daripada dijalankan tanpa pengetahuan kita.

7. Menggunakan mel berasaskan web seperti hotmail.com, yahoo mail dsb Mempunyai ciri terkini seperti penapis mel tak diingini, pengimbas virus serta melihat maklumat mel tanpa membukanya terlebih dahulu.

8. Mengelakkan diri dari melayari laman web warez, yg tak masuk akal ataupun lucah melampau. 8-)
9. Memadamkan opsyen berkongsi fail dan pencetak di dalam rangkaian
Dapat mencegah kemasukan tanpa kebenaran ke dalam pemacu yg dikongsi bersama serta mengelakkan penyebaran perisian jahat.

Tiada jaminan 100%, tetapi sehingga kini bilangan jangkitan dalam lebih sepuluh tahun pengalaman menggunakan komputer adalah satu atau dua sahaja. Hebatkan... tanpa mengeluarkan duit sesen pun untuk membeli perisian antivirus. Anda pula bagaimana?


VIRUS KOMPUTER

Virus komputer ialah program komputer yang boleh merebak ke dalam komputer dan sistem rangkaian dengan menyalinkan dirinya sendiri (kebiasaannya tanpa pengetahuan pengguna).

Sejarah penciptaan virus bermula pada pertengahan 1980an apabila Bahir dan Amjad Alvi dari Lahore, Pakistan telah mencipta virus komputer yang pertama untuk menghalang daripada pengguna menyalin perisian mereka secara haram.

Virus sentiasa memberi kesan negatif kepada pengguna komputer, sama ada ia dilakukan secara suka-suka (ancaman palsu), bermotif merosakkan atau melindungi produk mereka (seperti dilakukan Bahir dan Amjad).

Program virus kebiasaannya perlu dijalankan sebelum ia boleh beroperasi seperti menjangkiti fail atau program komputer yang kita gunakan.

Sebaik sahaja kita membuka program atau fail komputer itu, program virus (yang berada didalamnya) akan terus aktif dan menjalankan aktivitinya.

Memandangkan aplikasi paling popular masa kini ialah e-mel, banyak virus telah dicipta agar dibawa bersama e-mel yang dihantar oleh pengguna dan ia akan terus menjangkiti komputer penerima e-mel apabila lampirannya dibuka.

Contoh paling terkini virus jenis ini ialah virus Sobig.F. Sebelum ini, medium utama pembawa virus ialah disket yang selalu kita kongsi antara beberapa komputer.

CECACING KOMPUTER

Cecacing komputer juga mempunyai persamaan dengan virus komputer tetapi ia tidak memerlukan pembawa (seperti e-mel atau disket) untuk menjangkiti komputer lain.

Program perisian yang sangat kecil ini kebiasaannya akan mampu menyalinkan dirinya sendiri dan menjangkiti dari komputer kepada komputer dalam satu rangkaian komputer (seperti rangkaian komputer-komputer di sekolah atau pejabat).

Selepas sebuah komputer dalam rangkaian dijangkiti, cecacing akan melakukan aktiviti pengimbasan (scan) kepada komputer-komputer lain dalam rangkaian untuk mencari kelemahan agar ia boleh menjangkiti lagi komputer seterusnya.

Ia mampu melakukan beratus atau beribu imbasan dalam seminit yang jika terlalu banyak imbasan boleh menyebabkan sesuatu rangkaian menjadi lembap seperti pengguna sukar mengakses e-mel, membuka laman web dan sebagainya.

Contoh paling terkini, virus jenis ini ialah cecacing Blaster dan Nachi yang merebak dengan pantas.

TROJAN KOMPUTER

Trojan juga termasuk dalam kategori program komputer yang merosakkan. Ia merupakan program yang sering mengelirukan pengguna dengan mendakwa boleh melakukan sesuatu (seperti membaiki kelemahan program komputer) tetapi akan melakukan sebaliknya.

Program Trojan yang dikenali sebagai Trojan horses itu kadang kala akan memadamkan seluruh cakera keras komputer anda jika ia telah dipasang.

Bagaimanapun, program ini tidak boleh menyalinkan dirinya sendiri untuk menjangkiti komputer.

Trojan jenis back door pula akan berada dalam komputer anda dan 'membuka pintu' kepada virus atau pengguna komputer di luar mengakses sistem komputer anda.

Melindungi dari virus adalah menjadi tanggungjawab kepada semua pengguna komputer kerana ia sebenarnya boleh dihindari jika semua pengguna menggunakan komputer mereka dengan bijak.

Perkara paling penting perlu dilakukan oleh pengguna komputer ialah menyimpan salinan semua data-data atau fail penting dalam komputer bagi menggelakkan ia hilang jika berlaku masalah akibat serangan virus.

Pengguna juga perlu sentiasa memastikan perisian komputer sentiasa dikemaskini seperti perisian Windows atau Internet Explorer yang boleh dikemaskini di laman web Windows Update.

Selain itu, pastikan juga perisian anti-virus seperti perisian Trend, Norton, Symantec dan sebagainya telah dipasang kepada komputer anda dengan sentiasa dikemaskini versi pattern dan enjinnya melalui laman-laman web syarikat perisian tersebut.

Anda juga perlu mengelakkan diri dari menggunakan disket pada komputer yang tidak diketahui statusnya, mengunjungi laman web yang tidak berfaedah, memindah-terima (download) program atau perisian dari laman web yang tidak dipasti syarikatnya bagi menggelakkan komputer mudah dijangkiti.

Bagi menggelakkan virus dari e-mel pula, jangan sesekali membuka e-mel yang kelihatan mencurigakan walaupun ia datangnya dari alamat e-mel rakan anda kerana kemungkinan besar itu dihantar dengan sendiri oleh virus dan bukannya rakan anda

Monday 15 October 2012

Kamu Percayakan Tuhan







Seorang atheist yang juga professor falsafah bercerita dalam kuliahnya mengenai masalah yang dihadapi oleh sains berkenaan dengan Tuhan. Dia meminta seorang pelajarnya bangun dan beliau bertanya…

Prof: Kamu percayakan Tuhan?

Pelajar: Sudah semestinya professor.

Prof: Adakah Tuhan itu baik?

Pelajar: Ya

Prof: Adakah Tuhan itu amat berkuasa?

Pelajar: Ya

Prof: Saudara saya meninggal kerana kanser walaupun dia berdoa kepada Tuhan agar dia boleh sembuh. Kebanyakan kita akan cuba membantu mereka yang sedang sakit tetapi Tuhan tidak. Jadi macamana Tuhan itu baik? Hmmm?

(Pelajar berdiam diri)

Prof: Kamu tidak boleh menjawabnya ya? Mari kita teruskan lagi anak muda. Adakah Tuhan baik?

Pelajar: Ya.

Prof: Adakah syaitan baik?

Pelajar: Tidak.

Prof: Siapa yang mencipta syaitan?

Pelajar: Tuhan.

Prof: Tepat sekali, beritahu saya anak muda, wujudkah kejahatan didunia ini?

Pelajar: Ya.

Prof: Kejahatan ada dimana-mana bukan? Dan Tuhan mencipta semuanya, betul?

Pelajar: Ya.

Prof: Jadi siapa yang mencipta kejahatan?

(Pelajar tidak menjawab)

Prof: Bukankah terdapat penyakit? Keruntuhan moral? Kebencian? Keburukan? Semua perkara yang dahsyat ini wujud didunia ini bukan?

Pelajar: Ya professor.

Prof: Siapa yang menciptanya?

(Pelajar tiada jawapan untuknya)

Prof: Sains menyatakan yang kamu ada 5 deria untuk mengenalpasti dan melihat dunia disekeliling kamu, beritahu saya anak muda, pernahkah kamu melihat Tuhan?

Student: Tidak pernah professor.

Prof: Sila beritahu jika kamu pernah mendengar akan Tuhan itu?

Pelajar: Tidak pernah professor.

Prof: Pernahkah kamu perasankan akan Tuhan itu? rasaiNya, menghiduNya? Adakah pada kamu itu apa-apa deria yang boleh membuat kamu kenal akan Tuhan itu?

Pelajar: Tiada professor, saya tidak pernah mengalaminya.

Prof: Dan kamu masih percayakan Tuhan itu?

Pelajar: Ya professor.

Prof: Berdasarkan kepada pemerhatian, pada kajian, pada suatu yang boleh didemonstrasikan, sains menyatakan yang Tuhan itu tidak wujud. Apa pendapat kamu mengenainya?

Pelajar: Saya tidak boleh berkata apa-apa professor, saya hanya ada kepercayaan dan keimanan kepada Tuhan itu sendiri.

Prof: Ya.. percaya.. iman, itulah dia masalah yang dihadapi oleh sains.

(Pelajar termenung dan berfikir lantas bersuara..)

Pelajar: Professor, wujudkan apa yang dipanggil panas?

Prof: Ya.

Pelajar: Dan juga apa yang dipanggil sejuk?

Prof: Ya.

Pelajar: Tidak professor, tidak ada sebenarnya apa yang di panggil sejuk itu.

(Semua didalam dewan kuliah terdiam)

Pelajar: Professor, kita boleh ada banyak haba kepanasan, panas yang teramat sangat, yang sedikit atau pun tiada kepanasan. Sebenarnya kita tiada apa yang dipanggil sejuk. Kita boleh mencapai 458 darjah dibawah takat beku tetapi kita tidak boleh pergi rendah daripada itu. Sebenarnya tiada apa yang dipanggil sejuk. Kepanasan itu adalah tenaga, sejuk bukanlah lawan kepada panas, hanya ketiadaan panas itu sendiri.

(Dewan kuliah menjadi sunyi sepi)

Pelajar: Bagaimana pula dengan kegelapan? Adakah wujud apa yang dipanggil gelap itu?

Professor: Apalah malam jika tiada kegelapan?

Pelajar: Sekali lagi professor silap. Kegelapan hanyalah ketiadaan sesuatu. Kita boleh ada cahaya yang malap, cahaya normal, cahaya terang, cahaya berkilau… tetapi jika kita tiada cahaya, itu yang dipanggil kegelapan. Realitinya "gelap" itu tidak wujud. Kita tidak boleh membuatkan gelap itu menjadi semakin bertambah gelap bukan?

Prof: Jadi apa sebenar yang kamu ingin sampaikan disini?

Pelajar: Apa yang saya ingin nyatakan adalah, falsafah professor itu salah.

Prof: Salah? Bolehkah kamu jelaskannya?

Pelajar: Profesor membuat perhitungan menggunakan konsep yang berlawan, antara hidup dan mati, Tuhan yang baik dan tidak. Professor melihat konsep ketuhanan itu pada suatu yang nyata, sesuatu yang boleh kita ukur. Professor, sains masih tidak boleh menjelaskan dari mana datangya "ruh atau nyawa" dan apakah "minda" atau "fikiran" itu sendiri. Sains menggunakan elektrik dan magnetism tetapi ianya suatu yang tidak kelihatan dan nyata, malah kita masih tidak memahaminya secara keseluruhan. Untuk melihat mati itu sebagai lawan kepada kepada hidup adalah sesuatu yang tidak tepat kerana sebenarnya mati tidak wujud sebagai suatu bentuk yang nyata. Mati itu bukan lawan kepada hidup, mati hanyalah ketiadaan apa yang memberi kehidupan itu sendiri iaitu nyawa.

Pelajar: Sekarang beritahu saya professor, adakah kamu mengajar bahawa manusia asalnya dari monyet?

Prof: Jika kamu rujuk kepada proses evolusi semulajadi, ya.

Pelajar: Pernahkah professor melihat evolusi itu sendiri?

(Professor menggeleng kepala dan tersenyum kerana mula merasakan perbincangan ini semakin hebat)

Pelajar: Disebabkan tiada siapa pernah melihat proses evolusi itu sendiri sedang berjalan dan tidak boleh membuktikan yang ianya adalah suatu proses yang berlaku secara berterusan, adakah professor mengajar pendapat professor sahaja? Adakah professor saintis atau penceramah?

(Dewan kuliah menjadi gempar)

Pelajar: Ada tak sesiapa didalam dewan ini pernah melihat otak professor?

(Pelajar lain tertawa)

Pelajar: Ada tak sesiapa yang perasan akan otak professor itu? Rasainya, menghidunya? Saya pasti tiada siapa yang pernah berbuat demikian… jadi berdasarkan kepada pemerhatian, pada kajian, pada suatu yang boleh didemonstrasikan, sains menyatakan yang otak professor tidak wujud. Maaf saya katakan, bagaimana kami semua boleh percayakan kuliah-kuliah professor selama ini?

(Seluruh dewan menjadi senyap.. Professor merenung lama kepada pelajar tersebut)

Prof: Saya rasa kamu semua hanya perlu percayakan kepadanya.

Pelajar: Itulah dia professor, hubungan antara manusia dan Tuhan adalah kepercayaan dan keimanannya dan itulah yang membuatkan kita dan seluruh alam ini hidup dan berfungsi sepertinya.
 
p/s: Baca dengan teliti cerita diatas , insya allah anda manpu tingkatkan tahap keimanan dan ketakwaan anda

Bahaya Menghadap komputer Lebih 5 Jam


Bahaya Lama-lama Depan komputer Untuk Kesihatan


Terdapat kajian yang mendakwa mereka yang menghabiskan waktu lebih daripada 5 jam sehari di depan komputer akan menghadapi masalah jantung dan menyebabkan mereka mati lebih awal. Puncanya ialah posisi duduk, terutamanya duduk bersandar, yang merupakan posisi umum ketika seseorang sedang bekerja menghadap komputer,bermain permainan video ataupun ketika menonton televisyen.



                                               



Kajian tersebut dijalankan oleh Emmanuel Stamatakis dari University College London, Britain. Kata beliau “Orang yang menghabiskan waktu lebih daripada 4 jam berturut-turut sehari di depan komputer memiliki peratus lebih tinggi mati iaitu sebanyak 125 peratus akibat penyakit jantung berbanding dengan mereka yang hanya menghabiskan waktu kurang daripada 2 jam di depan komputer,” kata Stamatakis, seperti yang disiarkan dalam Examiner, 20 April 2011.


Para pengkaji berpendapat duduk terlalu lama di depan komputer atau televisyen boleh menyebabkan penurunan 90 peratus lipoprotein lipase dan enzim jantung yang sihat. Pembengkakan dan masalah metabolisme yang disebabkan oleh ketidakatifan dalam waktu panjang juga menjadi punca masalah ini.


Untuk mengatasi masalah ini, Stamatakis mencadangkan “Anda harus bangun setiap 20 minit dan berjalan kaki sejenak. Pergerakan itu akan mengurangkan masalah-masalah yang timbul daripada duduk yang lama dan mungkin akan meningkatkan peluang anda untuk hidup lebih lama”.


P/S : Berapa lama korang korang berada depan laptop? Jangan sampai lebih 5 jam la ye :)

Saturday 6 October 2012

Syarat Kelayakan BR1M 2.0

Syarat-syarat kelayakan BR1M 2.0



Pihak kerajaan sudah pun mengumumkan insentif BR1M 2.0 kepada penduduk Malaysia yang layak. Namun apakah syarat bagi mendapatkan baucar BR1IM 2.0 ini?

Apakah Syarat Kelayakan BR1M 2.0 Kali Kedua 2013 (Penting!) | Seperti yang dimaklumkan dalam bajet 2013, pihak kerajaan bakal memberikan wang insentif BR1M 2.0 kepada rakyat Malaysia. Berikut adalah syarat kelayakan permohonan BR1M 2.0 untuk sesi 2013. Walaubagaimanapun bantuan ini difahamkan diberikan kepada golongan bujang yang berpendapatan tidak lebih RM2000 sebulan, manakala untuk isi rumah pula berpendapatan Rm3000 ke bawah. Bagi penuntut IPT pula, akan diberikan BB1M 2.0  iaitu baucar buku 1Malaysia.


                                                    



Syarat Kelayakan BR1M 2013

Bujang
Syarat kelayakan (bujang) :
- Anda mesti berstatus bujang berumur 21 tahun ke atas yang berpendapatan tidak lebih        -- RM2,000 sebulan
-Jumlah Bantuan BR1M 2.0 Bajet 2013 Malaysia : RM250
-Jumlah Penerima : 2.7 juta individu bujang
-Tarikh Pembayaran : Awal 2013


Isirumah
Syarat kelayakan (bekeluarga) :
- Isi rumah berpendapatan RM3,000 sebulan ke bawah
-Jumlah Penerima : 4.3 juta isi rumah
-Jumlah Bantuan BR1M 2.0 Bajet 2013 Malaysia : RM500 (kekal seperti pada pusing pertama)
-Jumlah Penerima : 2.7 juta individu bujang
-Tarikh Pembayaran : Awal 2013

Cara Memohon Bantuan BR1M 2.0 Bajet 2013

Untuk mohon BR1M secara online ia boleh diakses pada hujung bulan oktober 2012.
Bagi  borang hanya boleh didapati awal bulan November 2012 ini. Mana-mana penerima bantuan BR1M Malaysia sebelum ini tidak perlu mendaftar kali kedua. Hanya khas untuk pemohonan yang baru sahaja.
Datang sendiri ke kaunter di Pejabat Pembangunan Negeri, Pejabat Daerah dan Pejabat Lembaga Hasil Dalam Negeri di seluruh negara
Semasa datang mendaftar kelak, dokumen wajib yang perlu di bawa pastilah borang pendaftaran bantuan BR1M 2.0 Malaysia, Salinan Mykad/kad polis/kad tentera dan jika perlu bawa sekali salinan gaji anda.
Penerima bantuan e-Kasih juga layak menerima bantuan BR1M 2.0 Malaysia ini.

Tarikh Pembayaran BR1M 2.0

Akan dibayar pada awal tahun 2013

Semoga dengan pemberian baucar bantuan rakyat Malaysia ini dapatlah meringankan sedikit beban bagi penduduk di Malaysia. Kita juga perlu akui terpaksa menghadapi maslaah kenaikan barang yang sering berlaku hampir saban tahun. Sekiranya terdapat sebarang permasalahan boleh terus menghubungi  pihak berkenaan bagi mendapatkan sebarang pencerahan.

Tuesday 2 October 2012

Apa Faedah Buat Blog

Apa faedah dan tujuan buat blog


Mungkin ada antara anda dan pembaca lain tertanya-tanya kenapa ramai orang berlumba-lumba membuat BLOG.Ada antara blogger yang menjadikan aktiviti blogging sepenuh masa dan ada secara sambilan atau sebagai hobi sahaja.Macam saya,saya blogging  cuma sekadar hobi dan minat,selain nak timba ilmu dalam dunia cyber ini.Kalau ada duit masuk melalui iklan saya tak tolak,rezeki jangan ditolak beb..Saya buat blog saya secara belajar sendiri dari blog-blog toturial yang banyak di Internet.Saya tak ada ilmu IT,cuma belajar dari internet saja.Mempunyai blog ni ada banyak faedahnnya,diantaranya ialah



                                                

1.Dapat Melatih Diri
 Berblogging ini umpama melatih diri untuk bermain dengan bahasa dengan lebih baik tidak kira anda menulis artikel dalam bahasa Melayu atau bahasa Inggeris sekurang-kurangnya anda dapat melatih penulisan anda menjadi lebih baik. Blog di jadikan tempat membuat uji kaji terhadap susunan ayat, melodi dan alunan lagu dalam penulisan. Bagi mencapai bahasa penulisan yang baik ia perlu dilakukan secara berterusan.

2.Boleh Meneliti Maklumbalas
 Setiap post blog mempunyai ruang komen di bahagian bawah post untuk para pengunjung memberi pandangan dan komen mengenai topik tersebut. Pandangan dan komen ini sangat penting bagi melihat sejauh mana mesej yang di tulis sama ada dari segi perkongsian atau pendapat anda sebagai blogger ini dipersetujui dan samapai kepada para pengunjung. Komen daripada pengunjung.

3.Aktiviti Bebas Dan Santai
 Blogging tidak terlalu memerlukan waktu dan tenaga yang banyak. Semua terserah anda. Andalah yang menjadi manager atas diri dan pekerjaan anda. Anda dapat bekerja satu jam, dua jam, setengah hari atau satu hari, semua terserah anda. Tidak ada yang akan memarahi anda kerana anda bekerja untuk diri anda. Atau anda boleh saja anda bekerja pada malam hari, ketika orang lain sedang tidur lelap. Jadi lamanya waktu yang anda berikan untuk pekerjaan anda ini seluruhnya tergantung anda. Bermula dari yang sederhana, misalnya menulis satu artikel post yang pendek. Keesokkanya atau pada minggu seterusnya anda cuba menulis artikel yang lebih panjang daripada itu. Sebenarnya artikel pendek dan panjang tidak menjadi masalah.

4.Tidak Kira Peringkat Usia
 Usia pun bukan masalah. Berapa pun usia anda, tidak ada halangan untuk memulai blogging. Tidak ada alasan terlalu muda atau terlalu tua untuk memulai kegiatan menulis menggunakan blog ini ini. Saya sendiri baru sekarang mula manulis blog.

5.Tidak Memerlukan Fizikal Sempurna
 Kekekuragan fizikal bukan masalah. Ketidak upayaan anda secara fizikal tidak menghalang anda dalam blogging. Banyak orang yang tidak mampu secara fizikal yang telah blogging yang sangat membantu dan memberikan inspirasi kepada orang lain.

6.Tidak Memilih Latarbelakang
 Apapun latar belakang anda, itu tidak penting. Apa pun warna kulit anda: hitam, putih, kuning, merah atau dari bangsa atau agama apa pun anda, semua bukan halangan untuk mula blogging. Kalau anda merasa “janggal” dengan dengan aktiviti menulis melalui blog ini (blog + writing = blogging) itu sebenarnya merupakan keadaan yang biasa. Itu adalah tanda anda akan meyesuaikan diri. Anda boleh mula blogging dengan thema keunikan diri anda itu. Susunlah secara menarik sehingga sedap dibaca dan dapat menambah pengetahuan orang lain melalui post yang ditulis.

7.Tidak Memerlukan Banyak Modal
 Untuk memulai menulis menggunakan medium blog, anda tidak perlu mengeluarkan wang. Anda pun tidak perlu menggunakan kredit kad untuk mendapatkan blog. Pada permulaannya, cukup sekadar menggunakan blogspot. Dan anda sudah boleh mula blogging. Anda tidak pandai menggunakan blogspot? Anda boleh rujuk kesemua post dalam blog ini dan mencubanya satu-satu. Saya sentiasa ada di sini untuk membantu anda.

Yang anda perlukan juga adalah berupa idea-idea menarik untuk dan juga kemampuan memindahkannya menjadi bentuk tulisan agar mudah difahami para pembaca. Selepas itu, tunggu komen dan pandagan dari para pembaca blog anda. Senangkan?

8.Sumber Pendapatan Sampingan
 Blogging juga akan memberi anda wang. Serius! Anda boleh menjana wang melalui iklan yang diletakkan di dalam blog contohnya Nuffnang dan Google Adsense. Keuntungan lainnya adalah adanya kepuasan batin. Kepuasan ini tidak dapat diungkapkan dengan kata-kata. Seorang blogger, terutama blogger baru, akan merasakan kebanggaan dan kepuasan yang tiada taranya ketika ketika artikel postnya mula dipublish dan mendapat komen daripada para pembaca di blog sendiri. Dari sini barulah anda tahu blogging sungguh membahagiakan.

9.Penghubung
Ia merupakan teknik yang efisyen dan kos-efektif untuk mengiklan maklumat dan kepakaran mengenai bisnes anda kerana ia merupakan penghubung dengan komuniti yang besar.Ini sangat membantu bagi bisnes yang kecil,di mana mereka tidak mampu untuk melabur di dalam memasarkan produk atau servis.

10.Komunikasi Secara Terus.
Ia menyediakan sumber komunikasi secara terus dengan pelanggan atau pengunjung blog,di mana mereka bebas meluahkan idea, pertanyaan atau pengalaman berkenaan dengan sesuatu komoditi atau topik.Dengan cara ini, penerbit atau 'tuan punya blog' akan mendapat gambaran dari pelabgai cadangan,pendapat dan boleh membuat beberapa perubahan di dalam proses pengeluaran.

11.Masa Nyata  (Real time)
Blogging membolehkan sesiapa sahaja berdebat atau berdiskusi secara 'on-the-spot'.Anda tidak perlu menunggu keesokan harinya untuk membaca keratan akhbar.Pihak pengiklanan boleh membuat perubahan dengan segera dan memberitahu kepada pembaca mengenai sebarang perubahan. 

12.Pendapat Yang Demokratik 
Tidak ada halangan bagi sesiapa pun untuk membuat 'post',melainkan jika menyebabkan pembaca lain tersinggung.Melalui blog,anda akan mendapat pandangan yang berbeza dan mengelakkan idea yang berulang-ulang daripada respon yang diterima bagi sesuatu produk atau servis.Dengan ini juga,ia mengikut konsep demokrasi di dalam sumber informasi.

13.Search Engine Optimization (SEO)
Blogging menggunakan teknik SEO dan dengan cara ini dapat membantu meningkatkan kedudukan dalam enjin carian atau 'Search Engine'.Kos untuk servis SEO adalah di dalam anggaran antara $5000 ke $10,000 dolar.Servis ini sedikit sebanyak meningkatkan populariti sesebuah blog tersebut,dengan memaparkan hasil carian untuk 'keyword' yang spesifik apabila pengguna menaip di dalam kotak carian(search box).Oleh sebab itu,kebanyakan blog mempunyai 'keyword' yang berulang.Ini akan menyebabkan hasil enjin carian yang lebih positif dan meningkatkan keuntungan.

14.Penerbitan Yang Pantas 
Usahawan sesuatu bisnes menggunakan teknik blogging ini untuk menyatakan atau meluahkan kepakaran, pandangan, dan pengetahuan dengan jelas kerana ianya merupakan alat atau 'tools'yang pantas dan mudah.Dalam pada itu,banyak syarikat yang menyediakan tips untuk blogging secara online untuk memulakan proses tersebut.Ia adalah mudah bagi pengunjung blog untuk melayari blog dan memberikan idea atau pertanyaan.

15.Penjimatan Kos 
Blogging juga merupakan satu medium atau cara yang murah untuk membawa nama sesuatu syarikat menjadi perhatian ramai.Bisnes yang kecil menggunakan blog untuk menerangkan ciri-ciri produk yang hendak dipromosikan, menjual dan untuk melakukan perbandingan di antara sesuatu produk.Ini seterusnya dapat mengurangkan keseluruhan belanjawan dan memberi hasil yang lebih baik di mana ia menyediakan skop untuk para pembaca atau pengunjung blog memberi maklum balas.

16.Reputasi 
Dengan perkhidmatan pelanggan yang baik dan produk yang berkualiti tinggi,blog membolehkan untuk membina kepercayaan pelanggan dan konfiden kepada syarikat.Ia melambangkan atau menggambarkan kredibiliti pemilik blog tersebut sebagai seorang yang mahir dan menjaga reputasi syarikat,membolehkan pelanggan merasa selesa dan bebas untuk bergantung atau berharap.


                                                        
Begitulah saya senaraikan faedah dan tujuan buat blog.tetapi berblogging sudah tentu memerlukan masa yang banyak.Untuk yang sibuk sukar sikit untuk berblogging,Untuk yang berminat,ayuh mulakan buat blog sekarang. 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...