Subscribe:

Ads 468x60px

Monday 15 October 2012

Bahaya Menghadap komputer Lebih 5 Jam


Bahaya Lama-lama Depan komputer Untuk Kesihatan


Terdapat kajian yang mendakwa mereka yang menghabiskan waktu lebih daripada 5 jam sehari di depan komputer akan menghadapi masalah jantung dan menyebabkan mereka mati lebih awal. Puncanya ialah posisi duduk, terutamanya duduk bersandar, yang merupakan posisi umum ketika seseorang sedang bekerja menghadap komputer,bermain permainan video ataupun ketika menonton televisyen.



                                               



Kajian tersebut dijalankan oleh Emmanuel Stamatakis dari University College London, Britain. Kata beliau “Orang yang menghabiskan waktu lebih daripada 4 jam berturut-turut sehari di depan komputer memiliki peratus lebih tinggi mati iaitu sebanyak 125 peratus akibat penyakit jantung berbanding dengan mereka yang hanya menghabiskan waktu kurang daripada 2 jam di depan komputer,” kata Stamatakis, seperti yang disiarkan dalam Examiner, 20 April 2011.


Para pengkaji berpendapat duduk terlalu lama di depan komputer atau televisyen boleh menyebabkan penurunan 90 peratus lipoprotein lipase dan enzim jantung yang sihat. Pembengkakan dan masalah metabolisme yang disebabkan oleh ketidakatifan dalam waktu panjang juga menjadi punca masalah ini.


Untuk mengatasi masalah ini, Stamatakis mencadangkan “Anda harus bangun setiap 20 minit dan berjalan kaki sejenak. Pergerakan itu akan mengurangkan masalah-masalah yang timbul daripada duduk yang lama dan mungkin akan meningkatkan peluang anda untuk hidup lebih lama”.


P/S : Berapa lama korang korang berada depan laptop? Jangan sampai lebih 5 jam la ye :)

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...