Subscribe:

Ads 468x60px

Saturday 15 September 2012

Cara mudah berhenti merokok

Tips Mudah Berhenti Merokok

Umum mengetahui Rokok adalah salah satu punca berbagai penyakit merbahaya kepada kesihatan manusia.Penyakit yang berpunca dari rokok adalah seperti sakit jantung,kanser paru-paru,kanser tekak dan sebagainya.Menghisap rokok lebih banyak mendatangkan keburukan berbanding kebaikan.

Keburukan menghisap rokok

1) Merokok boleh dapat perbagai penyakit merbahaya.

2)Tiada stamina dan mulut berbau

3)Gigi rosak dan kehitaman

4)Asap rokok boleh sebabkan orang sekeliling mendapat penyakit yang sama seperti perokok

5)Membazir wang



berhenti merokok
Bahan Kimia Dalam Rokok
                              
                                                             

Dari pengalaman saya yang telah merokok sejak umur 17 tahun lagi,saya dapati memang sukar untuk menghentikan tabiat ini.Tambah lagi kalau kita bergaul dengan rakan-rakan yang merokok,lagi sukarlah untuk berhenti.Saya telah cuba mengunakan ubat makan,tapi setakat boleh berhenti satu bulan sahaja.Bila ubat dah habis,mulalah ketagihan kembali terutama selepas makan.Ubat ini mahal harganya dan boleh didapati difarmasi.Dari pengalaman saya ada satu cara berkesan yang boleh jadi altenatif kepada ubat-ubat anti merokok yang banyak dipasaran.Cara ini murah dan mudah sahaja.Caranya ialah:


1)  Mengunyah petai mentah selepas makan.
      
       Biasanya keinginan untuk merokok timbul selepas perut kenyang iaitu selepas makan.selepas makan kita kunyah petai mentah.Selepas itu saya percaya anda tak ada selera untuk merokok,cubalah..

                                                             

2)  Mengosok gigi dengan ubat gigi berperasa pudina

       selepas makan kita hendaklah mengosok gigi dengan ubat gigi berperisa pudina.Selepas mengosok gigi,anda akan rasa keinginan anda untuk merokok akan berkurangan.


Selain dari itu ada cara-cara lain yang boleh membantu anda berhenti merokok.
.
1. Tetapkan tarikh untuk berhenti iaitu tarikh untuk korang berhenti merokok.
2. Yakin diri dan kuatkan azam untuk berhenti merokok.
3. Buatkan nota peringatan dan lekatkan di mana-mana tempat yang mudah untuk korang lihat sebagai peringatan.
4. Katakan pada diri “Saya Bukan Perokok” dan tekadkan pada diri “Saya Mampu Berhenti Merokok!”/
5. Sentiasa berfikiran positif.
6. Dapatkan sokongan daripada keluarga tersayang dan juga rakan taulan.
7. Minum air kelapa muda bagi menghilangkan rasa ketagihan untuk merokok.
8. Setiap kali terasa untuk merokok cuba lengahkan dengan membuat perkara lain sehingga terleka dan lupakan perasaan untuk merokok.
9. Buang segala rokok dan kotak rokok yang masih terdapat dalam simpanan.
9. Yang penting amalkan 12M untuk berhenti merokok
Tips Berhenti Merokok 12 M :
  1. Melengah-lengahkan iaitu cakap pada diri sendiri tunggu 5 minit atau katakan nanti sebentar sehinggalah anda tidak merasa ketagihan merokok.
  2. Menarik nafas panjang iaitu tarik nafas 3 kali secara perlahan-lahan.
  3. Minum air dengan kuantiti yang banyak terutamanya air masak. Elakkan minuman berkafein seperti nescafe dan kopi.
  4. Menyibukkan diri dengan berbuat sesuatu bagi mengalih fikiran dan untuk melupakan rokok.
  5. Menjauhkan diri daripada orang yang merokok. Cuba jauhkan diri dengan rakan yang merokok  sehingga korang benar-benar telah berjaya untuk berhenti merokok.
  6. Mengelakkan diri daripada suasana atau situasi yang mendorong kepada merokok seperti berkumpul atau lepak bersama kawan yang merokok.
  7. Mengunyah sesuatu seperti gam dan buah-buahan. Elakkan yang manis.
  8. Membasuh tangan selalu.
  9. Mandi dengan kerap.
  10. Meregangkan otot dengan melakukan senaman regangan apabila rasa mengantuk.
  11. Meditasi iaitu dengan menenangkan diri supaya dapat berfikir dengan rasional.
  12. Memohon doa iaitu berdoa kepada Tuhan agar dikuatkan azam dan tingkatkan usaha untuk berhenti merokok buat selama-lamanya.
                                    



0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...