Subscribe:

Ads 468x60px

Monday 19 November 2012

Tips Elak Penyakit Diabetis



Kali ini aku nak berkongsi dengan korang..ewah..macam blogger pro pulak.Tak kisahlah,korang nak kata aku syok sendiri ke,apa ke.,aku bukan boleh dengar.Aku buat blog hanya suka-suka,bukan boleh kaya pun.Kali ini aku nak kongsi pasal Diabetis.Lepas intro,copy and paste je he.he



Diabetes adalah penyakit yang tidak boleh dipandang ringan. Jika tidak dijaga dengan baik, ia boleh mengakibatkan penyakit berbahaya lain seperti serangan penyakit jantung, sakit buah pinggang, disfungsi erektil bahkan kanser. Selain faktor keturunan, diabetes mellitus juga berkait rapat dengan gaya hidup pesakit yang malas bersenam dan tidak mengamalkan cara pemakanan yang sihat. Seringkali, diabetes dikesan hanya setelah ia sudah parah.

Diabetes terbahagi kepada tiga bahagian. Diabetes jenis 1 dihidapi apabila sistem imun tubuh yang sepatutnya berfungsi melawan bakteria dan virus berbahaya, bertindak menyerang dan memusnahkan insulin yang menghasilkan sel-sel pankreas. Keadaan ini menjadikan jumlah insulin berkurangan dan kadar gula dalam darah meningkat.

Bagi diabetes jenis 2 pula, insulin masih dapat dihasilkan namun jumlahnya tidak mencukupi atau tidak dapat digunakan dengan baik oleh tubuh. Keadaan ini juga disebut sebagai kerintangan insulin (insulin resistance) yang menyaksikan kadar gula dalam darah, meningkat.

Diabetes jenis ketiga pula ialah diabetes kehamilan. Sepanjang tempoh kehamilan, plasenta menghasilkan hormon tertentu yang membuatkan sel-sel tubuh menentang insulin.

Langkah utama dalam mencegah dan merawat diabetes ialah dengan mengawal pemakanan, selain melakukan aktiviti riadah dan sering memeriksa kadar gula dalam darah. Berikut beberapa cara mudah untuk mencegah diabetes:

1. Beriadah.
Lakukan riadah atau bersenam sekurang-kurangnya setengah jam setiap hari, lima kali seminggu. Beriadah dapat membantu mengekalkan kadar normal gula darah dan menjaga berat badan.

2. Makan beras merah.
Selain kaya dengan serat, beras merah juga dapat mengurangkan kerosakan pada pembuluh darah.  Justeru anda disyorkan untuk mula menggantikan nasi putih dengan nasi merah.  Memang ramai yang mengatakan rasa beras merah tidak sesedap nasi putih.  Namun demi kesihatan, apa salahnya mencuba, bukan?

3. Meningkatkan pengambilan vitamin C.
Antara sumber vitamin C semula jadi ialah brokoli, oren dan strawberi.  Jika dirasakan masih kurang, barulah ambil vitamin C tambahan. Rujuk dengan doktor terlebih dahulu mengenai dos yang tepat untuk anda.

4. Rempah semula jadi.
Lebih kurang 24 jenis rempah semula jadi ternyata kaya dengan antioksidan yang mampu mencegah radang yang mempunyai kaitan dengan diabetes.  Kayu manis dan cengkih mengandungi kadar antioksidan yang paling tinggi.

5. Pilih makanan yang sihat.
Amalkan pemakanan yang rendah lemak dan rendah kalori. Makanan yang kaya dengan serat dapat membantu mengawal kadar gula dalam darah. Rehat yang cukup, mengurus stres dengan baik, dan berhenti merokok juga dapat membantu menghindari diabetes.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...